Cara Buat Ikan Masin Duri Masak Asam, Kecur Air Liur Dibuatnya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Buat Ikan Masin Duri Masak Asam, Kecur Air Liur Dibuatnya

Ikan masin duri masak asam ini hidangan yang ringkas namun sangat la sedap dan menyelerakan. Jika tidak sempat masak atau takda idea nak masak apa, inilah menu ringkas yang boleh anda cuba.

Tak perlu banyak-banyak lauk dah, makan lauk ikan masin ni dengan nasi putih dan telur dadar dah cukup. Pasti licin diserbu anak-anak dan suami.

Jom ikuti resepi ikan masin suri masak asam perkongsian Muhamad Ismail Mohd Ali ini. Nampak menyelerakan betul. Kecur air liur dibuantnya.

RESEPI IKAN MASIN DURI MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN :

  • Ikan duri masin
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Cili hidup
  • Cili melaka
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam

CARA-CARA MEMASAK :

1. Goreng ikan masin setengah masak dulu.

2. Kemudian, tumis bawang besar, bawang putih, cili kering, cili hidup dan cili Melaka.

3. Masukkan air asam jawa sikit dulu. Kalau nak berkuah, boleh tambah lagi.

4. Perasakan dengan sedikit dan garam.

5. Akhir sekali, masukkan ikan masin yang di masak setengah masak tadi.

Siap untuk dihidang.

Kalau korang suka lauk yang berkuah, lebihkan je air asam tu. Boleh gaul kuah tu dengan nasi nanti.

Takde lah makan kering-kering kan. Pastikan goreng separuh masak dulu ikan masin tu sebelum nak masak asam. Barulah dapat ikan masin yang garing nanti.

Selamat mencuba.

Sumber/Foto : Muhamad Ismail Mohd Ali

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*