Resepi Kuey Teow Sup Chinese Style. Sangat Sedap & Sangat Mudah Disediakan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Resepi Kuey Teow Sup Chinese Style. Sangat Sedap & Sangat Mudah Disediakan

Nampak menyelerakan betul kuey teow sup chinese style perkongsian Nurul Afidah Catalyst ni. Katanya nak menyediakannya cukup mudah dan ringkas. Hanya 30 minit dah siap semuanya, tinggal makan sahaja. Jika anda kurang suka kuey teow boleh sahaja tukar guna bihun, mee kuning atau mee kering.

Time-time hujan ni memang layan habis makan hidangan sebegini. Jom ikuti perkongsian di bawah ini.

RESEPI KUEY TEOW SUP CHINESE STYLE YANG SEDAP

Malam ni masak kuey teow sup chinese style. Serious sedap dan sangat senang dimasak. Tak sampai 30 minit dah setel semuanya, makan time hujan sejuk sejuk nie memang best.

Nak share resepi kuey teow sup Chinese style ikut tekak cik Fide

BAHAN-BAHAN UNTUK SUP :

  • Ayam bahagian dada
  • Halia 1 inci potong nipis
  • Fish balls
  • Kiub pati ayam 1/2
  • Kiub pati bilis 1/2
  • Olive oil 2sudu (takde pun takpe)
  • Garam & air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN :

  • Kue tiaw basuh bawah air mengalir @ bihun dicelur
  • Pak Choy belah 4 bahagian (cuci bersih dan celur dalam sup sekejap)
  • Daun sup + daun bawang potong kecik²
  • Fish cake, goreng dulu lepastu potong nipis
  • Isi ayam yang dicarik
  • Bawang putih goreng + minyak (tumbuk halus & goreng)
  • Cili potong + kicap (Nak lagi sedap cili tu potong dan goreng kejap baru masukkan kicap masin + manis)

CARA-CARA MEMASAK :

1. Masak ayam bersama halia dan air. Paras air menutupi ayam dan masak sehingga air mendidih dan ayam separuh masak

2. Masukkan pati ayam, pati bilis, olive oil dan fish balls

3. Tambah air dan perasakan dengan garam

4. Masak sehingga air mendidih dan ayam betul-betul masak

5. Time ni boleh celur pak choy, kejap je. Angkat dan toskan

6. Dah siap, keluarkan isi ayam dan carik-carik.

8. Lepas tu bolehla makan. Sedap sangat, Selamat mencuba

Sumber/Foto : Nurul Afidah Catalyst

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*