Tortilla Wrap Homemade. Hanya Guna 3 Bahan, Semestinya Sedap & Jimat

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tortilla Wrap Homemade. Hanya Guna 3 Bahan, Semestinya Sedap & Jimat

Sarapan apa pagi ni? Jika asyik makan nasi lemak, kuih muih atau roti biasa je, apa kata sesekali ubah citarasa makanan lain. Sesekali makan tortilla wrap macam ni best juga kan? Senang nak olah dan boleh bubuh macam-macam kat dalam tu. Mudah nak bawa bekal, senang disediakan.

Lagi-lagi untuk mereka yang tengah on diet, memang sesuai sangat tortilla wrap ni buat untuk menu sarapan. Kulit tortilla buat sendiri je. Lebih jimat dan dapat banyak pulak tu. Jimat duit poket, boleh la benda untuk benda lain kan.

Jadi apa kata anda resepi tortilla wrap homemade yang mudah oleh Ana Mohd yang menggunakan 3 bahan utama saja. Ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.

CARA BUAT KULIT TORTILLA HOMEMADE

Siapa peminat tortilla kat sini? Boleh cuba buat kulit tortilla sendiri.

Boleh simpan lama jadi stok frozen juga tau. Bila nak makan defrost dan bakar sekejap je.

Memang mudah kerja. Jimat pun jimat. Ni saya buat untuk bekal sarapan pagi suami.

Mudah nak makan sebab saya buat saiz comel-comel. Ini resepinya.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar minyak masak @ minyak zaitun
  • 3/4 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan air panas

1. GAULKAN SEMUA BAHAN

Masuk je semua bahan dalam mangkuk, kemudian gaul-gaulkan.

2. ULI

Bila adunan dah agak suam, terus uli jadi doh yang lembut.

3. REHATKAN

Kemudian tutup dengan kain lembap dan biarkan kejap dalam 20 minit.

4. BENTUKKAN

Pastu boleh bulat-bulatkan kecil-kecil.

Kemudian canaikan / leperkan.

5. BAKAR

Lepas tu bolehlah bakar atas pan. Kalau nak buat frozen, bakar sekejap je. Kalau nak terus makan, bakar sampai jadi macam dalam gambar.

Waktu anggaran nak bakar tu lebih kurang 1 minit untuk both sides.

Ok siap. Mudah je kan. Dapat banyak pulak tu!

UNTUK INTI

Untuk inti ni sebenarnya boleh ikut selera masing-masing. Saya cuma perap ayam dengan sos tiram / sos lada hitam dan grill.

Untuk sayuran saya letak salad, carrot, timun, tomato, bawang dan sos cili.

Kemudian boleh tambah mayonis / cheese / sos apa-apa ikut suka.

TIPS 

  • Pastikan sayur-sayur di tos sampai kering untuk elakkan cepat basi.
  • Boleh juga isi ayam celup tepung / fillet ikan celup tepung.

RESEPI TORTILLA WRAP BERPERISA BAWANG PUTIH

Kalau teringin nak buat garlic tortilla, boleh olahkan sikit ikut cara yang sama. Mudah aje.

Caranya, 3 sudu besar minyak tu dipanaskan dan tumis 2 ulas bawang putih yang dicincng halus smpai naik bau (jaga api jangan sampai hangit).

Kemudian tutup api, biarkn sejuk dan baru campur dengan tepung dan bahan lain.

Lepas tu ikut step seterusnya macam di atas tadi. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Ana Mohd 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*