Peniaga Ini Kongsi Petua Buat Lempeng Jadi Lembut Dan Gebu. Cantik Dan Sedap Hasilnya

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Peniaga Ini Kongsi Petua Buat Lempeng Jadi Lembut Dan Gebu. Cantik Dan Sedap Hasilnya

Lempeng merupakan makanan klasik yang lazim dihidangkan sebagai sarapan pagi. Namun ada juga yang menjadikan sebagai santapan diwaktu petang. Lempeng secara asasnya adalah sejenis hidangan yang disediakan menggunakan tepung dan air sahaja kemudian dimasak dengan sedikit minyak.

Cara penyediaannya pula cukup mudah dan ringkas. Sangat sedap jika digandingkan bersama-sama sambal ikan bilis. Bagi mereka yang ingin menghasilkan lempeng yang lembut gebu boleh ikuti resepi perkongsian Suzana Othman ini.

Mari ikuti perkongisan resepinya dibawah ini.

LEMPENG LEGEND LEMBUT GEBU

Setiap kali up gamba lempeng mesti ramai yang cakap lempeng kita cantik. Alahai.. Rasa macam nak belanja lempeng je kat semua yang komen tu tau. Tapi apekan daya, dok dalam fesbuk dapat jamu mata aje.

Harini kita belanja resepi dan tutorial buat lempeng supaya semua orang boleh buat sendiri kat rumah. Kira belanja jugak la tu kan.

Ajommm.. Belajar buat lempeng

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 500ml air
  • 1 biji telur
  • 2sb minyak masak
  • 1sk garam
  • 1sb gula
  • 1sk baking powder

CARA-CARANYA :

1. Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air dalam blender. Blend hingga telur kembang.

2. Kemudian masukkan tepung dan baking powder berselang seli dgn air, blend hingga tepung sebati.

Biarkan 1 jam, baru lempeng gebu

3. Tuang adunan dalam jug, biarkan selama 1jam supaya baking powder bertindak balas utk dapatkan lempeng yg lembut dan gebu.

4. Kita guna pan saiz 18. Satu adunan boleh dapat 12 keping ikut saiz tu. Kalau nak cepat siap boleh guna pan saiz besar.

5. Enak dihidang bersama sambal tumis telur

Yang ini kita buat jual. 1 set 6 keping RM5. Kalau uolls nak jual jugak boleh letak harga ikut budi bicara masing-masing.

Sumber/Foto : Suzana Othman

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*