Nasi Goreng Cabai Kering. Menu Paling Senang & Sedap

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Nasi Goreng Cabai Kering. Menu Paling Senang & Sedap

Nasi goreng antara menu yang biasa dihidangkan untuk santapan sarapan pagi. Mungkin kerana penyediaan mudah dan ringkas menyebabkan ia menjadi sajian sarapan yang menyelerakan. Namun ia juga sering dijadikan sajian ringkas makan malam.

Walaupun ringkas ia menepati selera ramai orang dan mengeyangkan. Antara resepi nasi goreng yang boleh anda cuba adalah Nasi goreng cabai kering perkongsian Novelis Afieyza Isahak ini. Menu ini nampak ringkas sahaja namun hasilnya nampak menarik dan berselera dan rasanya pun sedap

Mari kita ikuti perkongsian resepi ini di bawah.

NASI GORENG CABAI KERING

Nasi sejuk – Gaul dengan garam dan sedikit air. Bagi basah nasi sikit-sikit. Untuk ratakan garam dan senang nak bajet kemasinan

Goreng telur separuh hancur dan ketepikan. Goreng kacang buncis dan ketepikan. Untuk bagi ranggup bila makan nanti

Cili kering – gunting kasar dan rebus. Toskan dan tumbuk kasar bersama bawang besar, bawang putih seulas dan belacan. Tumbuk jangan sampai lumat.

Tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak. Tambah sedikit air dan masukkan gula (ikut suka).

Masukkan nasi dan kacau rata.

Kemudian masukkan telur dan kacang buncis tadi. Kacau bagi sama rata.

Siap, boleh tabur daun bawang/sup dan bawang goreng

Selamat mencuba

Sumber/Foto : Novelis Afieyza Isahak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*