Cara Masak Pajeri Terung Kuah Pekat & Sedap. Pasti Menyelerakan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Masak Pajeri Terung Kuah Pekat & Sedap. Pasti Menyelerakan

Nampak menyelerakan betul pajeri terung perkongsian Khas Fena ni. Lauk yang ringkas namun sangat sedap dan padanannya ringkas sahaja. Cukup nasi panas dan ikan gelama masam. Memang cukup menyelerakan. Untuk anak-anak boleh dinikmati bersama telur dadar dan ikan/ayam goreng. Pasti bertambah nasi, paling tidak licin pinggan dibuatnya. Kuahnya yang pekat likat dan rasanya yang sedap sehingga  ke menjilat jari.

Jom ikuti perkongsian ini di bawah.

RESEPI PAJERI TERUNG

Siap masak pajeri terung untuk lunch. Masak awal sikit supaya kuah tu dengan terung beramah mesra.  Korang kalau makan pajeri terung ni kawankan dengan apa selalunya? Kalau ada gelama masam sedap jugak kan.

BAHAN-BAHAN :

  • 4 biji terung panjang, setiap satu tu belah dua, lepastu belah tengah jangan sampai putus.
  • Bancuhan kari paste:
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 sdm serbuk kari daging/ayam

Tumbuk bahan (*) lepastu campurkan dengan serbuk kari, letak air sikit jadikan bancuhan.

BAHAN-BAHAN TUMIS :

  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 2 ulas bawang merah dihiris
  • 1 inci halia dipotong mancis
  • Daun kari
  • 4 sekawan
  • 1 sdm udang kering ditumbuk halus

BAHAN-BAHAN LAIN :

  • 1 sdm kerisik
  • Air asam jawa
  • 2,3 sdm santan kotak@ suku cawan santan fresh pekat
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 1/2 sdm gula pasir
  • 1 sdt garam

CARA-CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak lebih kurang setengah cawan

2. Tumis bahan tumis sampai garing

3. Masukkan bancuhan kari paste dan kacau sampai garing & pecah minyak

4. Masukkan terung, air sikit, masak sampai terung agak lembut

5. Masukkan gula melaka@gula merah, air asam jawa sikit je jangan sampai masam (lebih kurang 2sdm air asam yang cair)

6. Masuk garam, kerisik, santan.

7. Biarkan api kecil sampai terung cukup masak, siap!

Pastikan pajeri ni manis sikit baru sedap, kalau tak dia rasa macam kari biasa je. Tapi jangan sampai manis leting pulak.

Udang kering buatkan pajeri lagi sedap, tapi kalau tak ada pun takpe

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Khas Fena

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*