Udang Masak Thai Ikut Style Ibu Ni Memang Sedap, Terliur Dibuatnya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Udang Masak Thai Ikut Style Ibu Ni Memang Sedap, Terliur Dibuatnya

Masakan sambal udang tidak asing bagi kita, nak nak udang sambal petai. Jika anda bercadang nak memasak udang namun tiada idea anda boleh cuba resepi udang masak thai perkongisan Puan Ameera ini.

Menariknya resepi perkongsian Puan Ameera ini mendapat lebih 28 ribu perkongsian (share) di Facebook miliknya. Apa yang menarik mengenai resepi udang masak Thai ini. Mari kita ikuti perkongisan di bawah ini.

UDANG MASAK THAI STYLE IBU

Cara dan bahan bahan disetiap gambar. Selamat mencuba.

STEP BY STEP CARA MEMASAK

Bedakkan udang kita dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak Kemudian goreng sekejap sahaja.

BAHAN UTAMA

Cili tu kalau nak pedas lagi boleh letak lebih. Ni sukatan ibu masak anak anak boleh makan sekali. Bawang merah kecil lagi padu rasanya bila masak camgini. Cubalah.

  • 15 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji cili padi
  • 1 tangkai cili hidup
  • Batang ketumbar

Kisarkan bahan utama tadi.

Pakai minyak udang tadi je. Kalau banyak sangat boleh buangkan sedikit minyak tu. Serai 2 batang, titikkan dan masukkan.

Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.

Kemudian masukkan

  • Sos cili 2 sudu makan
  • Soa tiram 2 sudu makan
  • Sos ikan ada gambar sotong ni sedap. Letakkan 1 sudu makan.

Letakkan air sedikit sahaja untuk menumis bahan tadi. Bagi ada kuah la sikit.

Masukkan juga daun limau purut 6 helai.

Tambah gula 1 sudu makan. Tak ada gula perang boleh guna gula putih. Tak ada masalah. Janji gula.

Masukkan mushroom seasoning sesikit bagi melazatkan lagi sambal kita. Kalau tak ada benda ni boleh pakai secukup rasa.

Dah sebati semua masukkan udang. Gaul lagi bagi mereka mesra.

Dah mesra last sekali masukkan daun ketumbar. Kemudian gaul rata.

Ini pilihan ye, kalau taknak letak daun ketumbar ni pun takpe, sebab ada orang suka, ada orang tak suka.

Ok siap dah boleh dihidang di atas meja. Letak cantik cantik tau. Jangan cincai.

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Ameera | Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*