Resepi Puding Kastad Jagung Paling Simple, Sedapnya Makan Sejuk-Sejuk

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Resepi Puding Kastad Jagung Paling Simple, Sedapnya Makan Sejuk-Sejuk

Resepi puding kastad jagung perkongsian Puan No Or ini cukup ringkas dan mudah. Kena pula makan waktu panas tengahari, memang nyaman je rasa bila masuk dalam tekak.

Jom ikuti perkongisan di bawah ini di bawah.

PUDING KASTAD JAGUNG

Cuaca panas tengahari gini, bila puding sejuk masuk tekak nyamannye terasa. Hari ni Cik No nak kongsi resepi puding sedap yang simple.

BAHAN-BAHAN UNTUK PUDING :

  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 tin jagung manis
  • 3/4 cawan gula pasir
  • (boleh ubah kalau nak lebih atau kurang manis)
  • 3 cawan air
  • 1 kotak santan
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK :

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk

2. Kacau sebati semua bahan.

3. Kemudian letak di atas api yang perlahan

4. Kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.

5. Tutup api.

6. Kemudian boleh ceduk kedalam bekas dan sejukkan.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : No Or | Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*