Bekas Peniaga Kongsi Resepi Pisang Goreng Crunchy & Tak Berminyak. Customer Tak Putus Beli

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bekas Peniaga Kongsi Resepi Pisang Goreng Crunchy & Tak Berminyak. Customer Tak Putus Beli

Pisang goreng antara hidangan yang mudah disediakan bahkan ia dijual setiap hari digerai-gerai tepi jalan khusunya. Rasanya yang manis serta crunchy diluar menjadikan ia hidangan yang sedap dan digemari.

Hampir semua gerai-gerai yang menjual pisang goreng jenis crunchy ini. Ada resepi yang mereka gunakan untuk hasilkan pisang goreng yang crunchy. Kak Mala ataupun Normala Kori berkongsi resepi terbaik pisang goreng crunchy yang beliau pernah cuba sewaktu berniaga gerai dahulu.

Jom ikuti perkongsian resepi beliau di bawah ini.

RESEPI PISANG GORENG CRUNCHY

Kalau tak crunchy tak sah!!!…. Nak yang crunchy jer semua!!!.. kalau kak Mala goreng pisang atau keledek semua anak-anak beratuq tunggu. Cicah sambal kicap dan kena ngan kopi panas!

Masih ingat satu ketika dulu bisnez jatuh teruk tahun 2008,terpaksa jual rumah jual semua kereta yang ada. Sempat niaga tepi jalan dan bukak kedai makan masakan panas satu. Kak mala sempat niaga pisang goreng keledek cempedak .. sehari sampai 200kg kadang habis.

Waluapun tepi jalan lrt, pisang goreng panas nih sangat ramai yang gemar. Kata mereka crunchy dan tak berminyak. Kak Mala halalkan resepi untuk semua yang nak niaga. Buatlah semoga terus maju dan berjaya!

Yang penting masa nak goreng minyak kena banyak dan betul panas. Buatlah untuk siapa yang nak niaga. Kak mala halal kan. Dulu masa niaga, berbagai resepi cuba. Tapi yang ni resepi terbaik dan customer tak putus beli. Kita jual seperti kita sendiri yang nak makan.

Tepung bancuh sendiri. Tak perlu tepung segera..

BAHAN-BAHANNYA :

Bahan yang digaul sebelum letak air :

  • Tepung beras 2 cawan
  • Tepung jagung secawan
  • Tepung gandum setengah cawan
  • Telur c 1 biji (kalau telur A separuh jer tak boleh banyak sangat telur sebab nya jika banyak sangat rangup ya takkan tahan sampai 4 5 jam)
  • Serbuk kunyit 1/2 sudu teh
  • Airkapur agak dalam 4 sudu bsr makan, agak-agak yang ni jangan terlebih nanti berbuih dan jangan terlalu sikit..
  • Garam setegah sudu teh..
  • Mentega satu sudu besar

(Kalau untuk makan sendiri tambah kelapa parut atau mesin dalam 3 sudu, jadi tambah berlemak)

CARA-CARANYA :

1. Gaul semua bahan-bahan tadi.

2. Setelah gaul masukkan air dalam 2 cawan yang sama… Agak-agak ,jangan terlalu pekat nanti kerak tak cantik. Bagi cair sedikit.

3. Sesudah digaul dengan air.  Letakkan pisang atau keledek untuk digoreng.

4. Pastikan minyak betul panas dan banyak dan kalau nak pisang atau keledek melekat berkerak kat pisang.. minyak panas tu renjis bancuhan tadi. Lepas tu baru letak pisang atas nya.

TIPS TAKNAK PISANG GORENG/KELEDEK MAKAN MINYAK

Tips taknak pisang goreng dan keledek makan minyak!!! Jangan goreng api terlalu perlahan!!! Nnt minyak meresap ke tepung

Cuba lah!!! Kak mala tak tipu.. crunchy nya boleh tahan 4 5 jam. Sangat tahan lama dan sedap. Buat la.. kak mala halalkan untuk u all semua cuba.

Sumber/Foto : Normala Kori














1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*