
Asam Laksa Original (Versi Cina) Ni Memang Sedap. Aroma Baunya Menggoda Selera
Asam laksa tidak sama dengan laksa penang atau mana-mana laksa kerana asam laksa lebih popular dalam kalangan masyarakat berbangsa Cina. Bagi mereka yang pernah atau suka makan asam laksa cina ini mesti teringatkan akan rasanya yang terangkat dan aroma baunya yang semerbak membangkitkan selera.
Jika anda teringin mencuba asam laksa ini anda boleh ikuti resepi perkongsian Fa Ying ini. Penyediaanya juga cukup ringkas dan mudah. Jom ikuti perkongsian di bawah ini
RESEPI ASAM LAKSA ORIGINAL VERSI CINA
Ada peminat assam laksa dak?
Assam laksa original (versi cina). Sapa suka makan Ah Cheng Assam Laksa mesti teringat masam terangkat dia macam mana. Kuahnya tak pekat, tak cayaq, isi ikan seketul2 gitu. Memang terangkat.
Cara buat macam laksa biasa jugak, ada beza key ingredients sikit2 ja. Resepi sy share dkt gambar bawah ye. Semoga bermanfaat
Masa hidang tu boleh cedok isi ikan seketul-ketul letak ye. Hehe.
BAHAN-BAHAN PES. :
- Bawang besar
- Bawang merah
- Bunga kantan sebatang
- Kunyit hidup size jari kelingking
- Lengkuas size ibu jari
- Serai 5 batang
- Asam keping 10 keping
- Cili merah
- Cili kering
- Belacan 2 sudu besar (bakar)
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :
- Daun pudina
- Nenas
- Bunga kantan
- Otak udang yang dicairkan (tiada dalam gambar)
- Timun
- Salad
- Bawang
- Cili api
Bahan wajib condiments utk assam laksa
CARA-CARANYA :
1. Kisar semua bahan-bahan pes. Kemudian tumis menggunakan minyak yang sedikit saja.
Bahan Pes: kisar semua bahan ni
2. Tumis sehingga naik bau.
Tumis pakai minyak sikit ja, sampai naik bau. Masa ni orang pakat mai kerumun dah kat dapoq tanya masak apaaaaa
3. Bila dah wangi, masukkan bahan ini pula:
- Asam jawa agak-agak dalam 2 sudu besar (bancuh air)
- Bunga kantan 2-3 kuntum
- Daun kesum
4. Kemudian masukkan isi ikan yang sudah direbus seketul-seketul macam ini ok. Biarkan mereneh supaya kuah asam meresap ke dalam ikan.
Ikan utk resepi ni sy pakai ikan borek sekilo lebih sikit ja. Cuci bersih rebus smpai masak.
Ikan sardin/selayang pun sedap. Tap sebab ikan ni ja yang fresh masa saya nak beli tu.. maka jadi la laksa borek.
5. Kemudian masuk semua air rebusan ikan tadi dan tambah air sampai agak-agak tak pekat sangat, tak cair sangat. Ni kena pepandai la yer.
6. Last skali, tambah otak udang dalam 2-3 sudu besar, garam, aji (kalau guna) secukup rasa.
Otak udang ni rasa dia manis tau. So kalau letak terlebih kuah korang jadi terlajak manis. So hati-hati.
7. Ni rupa otak udang. Pes udang.
Ni rupa otak udang. Pes udang. Entah la orang lain panggil apa. Sis buang plastik dia untuk elak kontroversi
8. Semasa dihidangkan, boleh cedok isi ikan seketul-seketul ke dalam mangkuk.
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Fa Ying
Leave a Reply