Resepi Mee Kari Style Chinese Ipoh. Ringkas Je Bahannya Tapi Sedapnya Lain Macam

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Resepi Mee Kari Style Chinese Ipoh. Ringkas Je Bahannya Tapi Sedapnya Lain Macam

Resepi mee kari ada pelbagai cara dan style, antaranya mee kari style chinese ipoh. Menariknya mee kari ipoh ini tidak menggunakan banyak bahan rempah dan cara memasaknya pula sangatlah mudah. Walaupun cara memasaknya mudah dan bahan yang digunakan ringkas namun rasanya sangat sedap. Pasti licin kuahnya dihirup.

Jika anda ingin merasai kesedapan dan keunikkan mee kari style chinese ipoh ini ada boleh ikuti perkongsian resepi oleh Dora Nurlaily KJ ini di bawah. Jom kita masak!

RESIPI MI KARI STYLE CHINESE IPOH

Kita share menu mee kari style chinese ipoh yang tak banyak bahan rempah. Campak-campak bahan yang ada kat rumah je. Sedappppp. Simple is the best

BAHAN-BAHAN:

  • Mi kuning (siap dicelur)

BAHAN A (KISAR HALUS)

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 batang serai dititik

BAHAN B:

  • 4 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar cili kisar (ikut suka nak pedas mana)
  • 1 kotak santan kara
  • Fishball, fishcake dan tofu kosong
  • 2 ketul kiub ayam
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

BAHAN C:

  • Tauge (tidak perlu celur)
  • Daun bawang

CARA MEMBUAT:

1. Panaskan minyak. Goreng serai sampai naik bau. Masukkn bahan kisar. Tumis sampai naik minyak.

2. Masukkan rempah kari dan cili kisar yang sudah dibancuh air. Tumis sampai tiga kali kering air.

3. Tambah air secukupnya, satu kotak santan kara, kiub ayam, garam, gula dan serbuk perasa.

4. Masukkan segala jenis fishball, fishcake dan tofu kosong. Masak hingga mendidih.

INFO: Minyak jangan banyak, sebab nak makan dengan mi, nanti cepat muak. Kuah kari mesti cair-cair. Cukup rasa rempah dan santannya. Lagi sedap kalau makan dengan fucuk ikan goreng.

Sumber/Foto: Dora Nurlaily KJ














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*