Tak Payah Beli Lagi, Ini Resepi Bubur Ayam Ala McD Yang Sedap & Mudah Sangat

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tak Payah Beli Lagi, Ini Resepi Bubur Ayam Ala McD Yang Sedap & Mudah Sangat

Jenama bubur ayam yang satu ini memang menjadi kegemaran ramai. Bukan sahaja anak-anak malah dalam kalangan orang dewasa termasuklah mak ayahnya sekali. Memang kegemaran dari dulu hingga ke hari ini.

Bila teringin nak makan terpaksalah keluar untuk memenuhi kehendak tekak. Terkadang itu rasa tidak berbaloi untuk keluar semata-mata hendak membeli bubur sahaja. Tambah-tambah lokasi membelinya agak jauh.

Jadi solusi paling mudah anda buat sendiri sahaja bubur ala McD ini dirumah. Tak perlu bersusah payah keluar memandu, beratur dan sebagainya untuk semangkuk bubur. Resepi bubur ayam McD perkongisan Azwa Muhammad ini boleh anda gunakan. Mudah dan senang sangat. Bolehlah makan puas-puas.

RESEPI BUBUR AYAM MCD

Kita nak share resepi BUBUR AYAM MCD

BAHAN-BAHAN

  • Beras 1 cwn ( cuci / toskan )
  • Air ( 5 cawan )
  • Halia ( hiris )
  • Bawang merah ( hiris )
  • Bawang putih ( hiris )
  • Kiub ayam 1
  • Minyak masak ( 3 sudu )
  • Garam / perasa

CARA-CARA MEMASAKNYA :

1. Masakkan beras macam biasa atas api . Kacau sampai lembikk . Kalau kurang tambah kan air sampai jadi bubur .

2. Panaskan kuali masukkan minyak , masukkan bawang merah , bawang putih dan halia . Masakkan sampai betul-betul garing .

3. kemudian tuang kan bahan yang goreng tadi dlm periuk bubur , masukkan ayam & kiub pati ayam dan kacau sampai masak serta masukkan perasa .

4. Tutup api , letak bubur dalam mangkuk , hiaskan dengan daun bawang , daun sup dan bawang goreng . Kalau nk pedas letak lada sulah dan cili merah potong-potong. *Tambahkan minyal bijan jika ada.

Selamat Mencuba !

Sumber/Foto : Azwa Muhammad

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*