Resepi Bebola Ikan Salut Tepung. Makanan ‘Legend’ Yang Penuh Nostalgia

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Resepi Bebola Ikan Salut Tepung. Makanan ‘Legend’ Yang Penuh Nostalgia

Apabila bercerita mengenai kenangan, makanan juga menjadi faktor untuk kita mengimbau kenangan, nostalgia ketika dulu. Antaranya bebola ikan salut tepung ini. Nostalgia dan kenangan indah zaman sekolah kanak-kanak sekitar 80-an dulu-dulu.

Bebola ikan salut tepung inilah antara menu wajib beli selepas habis waktu persekolahan sementara menunggu bas sekolah. Dijual digerai-gerai tepi pagar luar sekolah. Makan bersama rakan rakan sekelas. Indahnya kenangan lalu kan.

Namun sekarang agak sukar nak jumpa orang jual bebola ikan salut tepung ni. Tapi tak mengapa anda boleh buatnya sendiri dirumah. Bolehlah makan-makan sambil becerita kenangan zaman persekolahan dengan anak-anak.

Jom ikuti perkongsian resepi oleh Nur Masri di bawah ini

RESEPI BEBOLA IKAN SALUT TEPUNG

Makanan nostalgia masa sekolah rendah sekitar thn 80an, lepas balik sekolah sementara menunggu bas sekolah tiba, beli makanan yang dijual di gerai luar sekolah. Bebola ikan salut tepung, tapi yang dijual tu dia Cucuk pada lidi pendek. Sekarang tak pernah jumpa dah. Sekarang banyak dipasaran bebola ikan keluaran Muslim.

BAHAN-BAHAN :

  • Bebola ikan
  • Tepung berempah ( saya guna bestari)
  • Tepung Goreng pisang ranggup

CARA-CARA :

1. Campurkan kedua-dua jenis tepung, masukkan air dan gaul sebati.

2. Masukkan bebola ikan, gaul rata.

3. Panaskan minyak, Goreng bebola sehingga keemasan.

4. Hidangkan bersama sos pencicah.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Nur Masri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*