Resepi Hotdog Kukus Bolognaise, Lebih Sihat & Sedap. Habis Licin Dimakan Anak-Anak

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Resepi Hotdog Kukus Bolognaise, Lebih Sihat & Sedap. Habis Licin Dimakan Anak-Anak

Anak-anak memang suka makan segera terutamanya hotdog/sosej, ayam goreng dan sebagainya. Namun hidangan begini tinggi kalori serta kandungan lemak dan garamnya.

Jika anak-anak teringin nak makanan segera boleh cuba resepi Hotdog Kukus Bolognaise perkongsian Khabbab Jamalludin ini. Jauh lebih sedap dan lebih sihat.

Jom ikuti perkongsian dibawah.

RESEPI HOTDOG KUKUS BOLOGNESE

Pengukus PakBidan kembali berasap lagi. Anak anak rasa nak makan “fast food”

Resepi macam biasa la… Baca itu caption. Semoga menambah koleksi resepi anda… Selamat mencuba !

BAHAN-BAHAN:

  • Roti sosej
  • Sosej / frankfurter lembu
  • ½ biji bawang besar
  • 1 ½ biji tomato – dadu
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • Minyak zaitun secukupnya
  • Cili – jika suka pedas
  • Sos pasta / spageti segera secukupnya
  • Beberapa helai daun basil
  • Garam secukup rasa – jika perlu

CARA MEMASAK:

1. Panaskan periuk pengukus dan kukus hotdog hingga lembut. Angkat dan ketepikan.

2. Kemudian kukus pula roti hotdog selama 1 minit. Pastikan bahagian tengahnya telah dipotong sebelum dikukus supaya senang dimasukkan sos kemudian nanti. Ketepikan bila sudah siap.

3. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak zaitun.

4. Tumis bawang besar, tomato dan oregano. Jika suka pedas, boleh juga masukkan hirisan cili ke dalam tumisan.

5. Bila sudah wangi dan layu, masukkan sos pasta segera dengan secukupnya. Jumlahnya bergantung sebanyak mana roti yang kita sediakan.

6. Kacau dan perlahankan api. Biarkan sos memekat dengan air dari tomato tadi. Sos tak nak cair sangat kerana akan diletak diatas roti.

7. Tambahkan daun basil jika ada.

8. Bila sos sudah pekat, perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Jika boleh, tidak perlu tambah garam kerana sos dan sosej sudah mengandungi sodium.

9. Ambil roti yang telah dikukus tadi dan masukkan sosej ke dalamnya.

10. Sudukan sos dengan secukupnya.

11. Hotdog Kukus Bolognese sedia untuk dinikmati.

Sumber/Foto : Khabbab Jamalludin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*