Memang Layan! Resepi Crab Stick Memang Berbaloi Anda Cuba. Serius Sedap

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Memang Layan! Resepi Crab Stick Memang Berbaloi Anda Cuba. Serius Sedap

Crab Stick biasanya digunakan sebagai bahan penambah perencah di dalam masakan seperti nasi goreng, sup telur chinese ia juga sangat sedap apabila digoreng dengan salutan tepung istimewa yang mudah disediakan.

Kerangupan diluar dan kelembutan isi crab stick yang perlahan mencair didalam mulut anda. Nak menyediakan salutan tepung ini sangat ringkas dan mudah.

Anda boleh ikuti perkongisian resepi oleh Syahidan Hisham ini. Jom ikuti perkongsian beliau dibawah ini.

RESEPI CRAB STICK CELUP TEPUNG

Sedap ni kalau makan waktu malam sambil layan drama

BAHAN-BAHAN :

  • Crab stick
  • 2 biji telur
  • 1 mangkuk kecil tepung bestari
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk serbuk lada hitam
  • Sedikit brokoli yang sudah dicincang
  • Oregano – optional

CARA MEMASAK :

1. Sediakan telur kemudian gaulkan bersama dengan tepung rangup (bancuhan perlulah tidak terlalu pekat, tidak terlalu cair)

2. Masukkan sedikit garam dan lada sulah ke dalam bancuhan tepung tadi.

3. Siapa nak letak sayur, masukkan sikit brokoli yang dicincang.

4. Menyadur dan menggoreng, warna kuning rangup yang cantik, selesai.

5. Elok tabur oregano. Tambah wangian

Macam mana? Nampak menyelerakan kan.. ok, selamat mencuba!

Sumber/Foto : Syahidan Hisham

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*