Masak Ayam Paprik Ikut Cara Ni, Punyalah Sedap, Confirm Tak Order Kat Kedai Dah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Masak Ayam Paprik Ikut Cara Ni, Punyalah Sedap, Confirm Tak Order Kat Kedai Dah

Jika anda singgah mana-mana kedai makan thai, menu ayam paprik antara hidangan biasa yang akan dipesan. Jika anda minat masakan ayam paprik ini anda boleh masaknya sendiri. Resepi perkongisan Khas Fina ini sangat mudah disediakan namun rasanya 44x lebih sedap daripada kedai katanya.

Dijamin kalau dah cuba masak ikut cara ni, takkan order lagi lagi lauk ni bila kat kedai makan. Jom cuba!

RESIPI AYAM PAPRIK 44X LEBIH SEDAP DARIPADA KEDAI

Siapa suka order lauk paprik kalau makan kat kedai. Lepas try resepi ni you will say no more to kedai punya paprik. Ahakks. So konpiden kan.

Tak caya nanti try buat ikut sebijik macam ni, di jamin laki hampa makan nasik bertambah. Ke laki ku sorang ja makan bertambah

Yummehhhh.. Makan dengan nasik panas, tak dilupa telur dadar sekali

BAHAN-TUMIS :

  • Ayam – dipotong kecil
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Serai sebatang diketuk
  • 3 sudu makan cili kisar

BAHAN SOS :

  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos cili thai
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1/2 sudu makan kicap manis
  • Air panas setengah mangkuk
  • Daun limau purut

Ni je bahan bahannya, simpe je kan. Tapi rasa lagi sedap 44x dari kedai meriah. Kedai meriah tu tempat kami selalu makan malam-malam

LANGKAH DEMI LANGKAH :

1. First panaskan minyak banyak sikit. Sebab apa kena banyak? Kita nak tumis cabai kering blend lepasni.

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Serai sebatang diketuk

2. Bila bahan tadi garing boleh masuk 3sdm cili blend okeh

Masak sampai garing camni sampai pecah minyak

3. Lepastu masuk ayam. Boleh pakai dada ayam atau bahagian lain jugak tapi make sure potong kecik kecik. Masak sampai ayam kecut, atau sampai nampak masak lah

4. Masuk pulak sos

  • 2 sdm sos cili
  • 2 sdm sos cili thai
  • 1 sdm sos tiram
  • 1 sdm sos ikan
  • 1/2 sdm kicap manis

5. Masuk air panas setengah mangkuk

Alaa tu kan pakai mangkuk sos tadi sebab tu lah air kaler tu

6. Biarkan mendidih kejap

Masuk pulak segala jenis sayur. Kalau ada kacang boleh masuk ya. Kacang panjang boleh kacang buncis pun boleh.

Jangan lupa 6 biji cilip adi diketuk, masukkan sekali

7. Last jangan dilupa daun limau purut. Tak letak ni tak jadi paprik. Buang tulang tengah daun tu yaa

8. Agak sayur dah lembut boleh la tutup api. Tak perlu tambah garam atau perasa lain lagi dah. Sos tadi dah cukup bagi rasa yang mabelesss. Tak caya kena cuba. K bai.

Sumber/Foto : Khas Fena

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*