Telur Goreng Masak Asam, Resepi Turun Temurun Dari Arwah Nenek. Menyelerakan Sungguh

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Telur Goreng Masak Asam, Resepi Turun Temurun Dari Arwah Nenek. Menyelerakan Sungguh

Telur adalah menu yang paling ringkas dan paling mudah untuk disediakan. Namun jika setiap hari makan telur goreng, telur rebus, telur dadar, agak membosankan juga bukan?

Untuk itu vmk hari ini ingin kongsikan satu menu yang ringkas namun sangat sedap dan menyelerakan. Resepi telur goreng masak asam ini dikongsikan oleh Puan Noriza Jaja. Resepi turun temurun dari arwah opah yang dipelajari oleh ibunya dan kini diwarisi oleh beliau pula. Makan pula dengan nasi panas, fuhh confrim bertambah-tambah nasi

Bahan dan cara memasaknya yang dugunakan juga ringkas dan mudah. Jom cuba!

RESEPI TELUR GORENG MASAK ASAM

(Resepi turun-temurun daripada arwah nenek)

BAHAN-BAHAN :

  • Telur goreng
  • Bawang besar hiris
  • Bawang putih hiris
  • Halia hiris
  • Cabai masak hiris
  • Cili padi hiris
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam

CARA-CARA MEMASAK

1. Guna minyak goreng telur tadi.

2. Tumis bahan-bahan hiris sehingga layu.

3. Masukkan air asam jawa. Pekat atau cair terpulang pada selera anda.

4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan telur mendidih sekejap.

5. Tutup api. Siap!

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Noriza Jaja via Ilham Resepi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*