Resepi Roti Sardin Goreng Rangup, Mudah Disediakan. Sesuai Untuk Minum Petang

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Resepi Roti Sardin Goreng Rangup, Mudah Disediakan. Sesuai Untuk Minum Petang

Roti putih atau sandwich kebiasaanya dimakan bersama jem atau kaya, namun sebenarnya banyak lagi resepi yang kita boleh buat dengan roti sandwich ini terutamanya jika hampir expired. Misalnya anda boleh mencuba resepi Roti Sardin Goreng Rangup oleh Cahaya Kasih Firdausi ini. Sesuai disediakan untuk minum petang. Buat untuk sarapan juga boleh. Pasti licin diserbu terutamanya anak-anak.

Namun resepi Cahaya kasih Firdausi ini berlainan sedikit. Di mana, beliau menggunakan sedikit limau untuk bagi roti sardin tu jadi lebih rangup. Juga, untuk lebih cantik beliau letakkan sedikit serbuk kunyit.

Cara penyediaanya pun mudah dan ringkas sahaja. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaanya.

RESIPI ROTI SARDIN GORENG RANGUP

BAHAN-BAHAN

  • Dalam sardin potongkan:
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Gula sikit
  • Garam sikit
  • Serbuk perasa sedap maggie

CARA PENYEDIAAN :

1. Hancurkan, gaul rata dan tumiskan dengan minyak sedikit. Bagi ia masak dan bawang layu.

2. Untuk tepung, gorengan biasa sahaja. Boleh guna berbagai jenis tepung, cuma perahkan air limau sedikit saja untuk rangup. Nak warna kuning, letak serbuk kunyit sedikit.

3. Tepung yang sudah disebatikan, selepas isi sardin di dalam roti, ketepikan roti dan letakkan tepung cair dan lipat dua untuk lekatkan roti agar tidak terbuka.

4. Roti tak perlu di lenyek atau kukus. Hanya celup tepung goreng dengan minyak yang betul-betul panas.

5. Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Terima kasih Cahaya Kasih Firdausi untuk perkongsian resepi Roti Sardin Goreng ini. Selamat Mencuba

Sumber/Foto : Cahaya kasih Firdausi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*