Bunga Kantan Beli 6 Bulan Masih Elok. Begini Cara Simpan Agar Tahan Lama, Tak Kecut Dan Tak Hitam Berbirat Hitam

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Bunga Kantan Beli 6 Bulan Masih Elok. Begini Cara Simpan Agar Tahan Lama, Tak Kecut Dan Tak Hitam Berbirat Hitam

Bunga kantan selain dijadikan ulama ia juga adalah antara salah satu bahan penyedap dalam masakan terutamanya seperti asam pedas, laksa, nasi kerabu dan . Tujuannya adalah untuk menambahkan aroma dan rasa masakan tersebut. Namun kadang bungan kantan ini sukar untuk didapatkan terutamanya musim-musim perayaan. Jika ada pun saiznya kecil atau tidak segar.

Jadi ada ada petua atau trik yang boleh anda lakukan untuk menyimpan bunga kantan supaya kekal segar walau disimpan berbulan-bulan dan masih dalam keadaan baik, cantik dan tidak berbirat hitam. Bau pun tak hilang walaupun sudah disimpan selama 6 bulan.

Ini yang dikongsikan oleh PuanĀ Dunia Hanya Sementara Fy. Lepas ni tak perlu pening kalau stok bunga kantan kehabisan di pasar. Selamt mencuba!

PETUA SIMPAN BUNGA KANTAN SUPAYA TAHAN LAMA

Sekadar share untuk penyimpanan bunga kantan. Cara ni, bunga kantan tetap dalam keadaan baik, cantik dan tidak birat hitam. Ini hasilnya selepas 6 bulan lebih saya simpan dalam frezer. Bila masak,aromanya tetap sama.. Alhamdulillah.

BAHAN-BAHAN :

  • Bunga kantan
  • Bekas @ plastik bersesuaian
  • Air masak

CARA MEMBUAT :

1. Basuh hingga bersih terlebih dahulu bagi membuang segala kekotoran yang melekat.

2. Potong ikut saiz yang disukai. Sebaiknya potong dua sahaja.

3. Letak dalam plastik atau bekas yang bersesuaian. Pemilihan bekas yang sesuai juga penting supaya anda dapat menyusun dengan elok dalam peti sejuk beku.

4. Letak air masak dalam bekas bunga kantan tersebut.

5. Kemudian bolehlah disimpan dalam freezer @ peti sejuk beku.

6. Untuk mudahkan kerja memasak, letak dalam bekas untuk sekali masak.

7. Boleh digunakan ketika beku atau dicairkan terlebih dahulu. Tak perlu basuh kerana anda telah cuci sebelum simpan. Air pun guna air masak. Jadi tak ada masalah untuk terus masukkan ke dalam masakan.

ALHAMDULILLAH, MEMANG BUAT MACAM NI

BERJAYA JUGA MENYIMPAN, JIMAT-JIMAT

MEMANG ELOK DAN CANTIK

DAH LAMA MENYIMPAN CARA NI

Mudah-mudah bermanfaat, selamat mencuba!

Sumber/Foto : Dunia Hanya Sementara Fy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*