Cara Mudah Bersihkan Kerang. Hanya Guna Air Sejuk & Garam, Lagi Bersih Dari Guna Berus
Seperti kita sedia maklum, kerang hidup di kawasan berlumpur yang menjadikan cengkerangnya perlu dibersihkan sebelum dimasak. Jadi agak kotor. Ini kerana terdapat banyak lumpur yang melekat padanya. Pelbagai cara atau petua yang digunakan untuk membersihkan kerang ini.
Hanya menggunakan 2 bahan iaitu air sejuk dan garam kasar, kerang akan jadi lebih bersih! Ini tips yang dikongsikan oleh PuanĀ Norhilyani Harun. Pasti isi dan kulit kerang akan jadi lebih bersih tanpa perlu anda sental dengan berus gigi satu persatu.
Anda nak tahu bagaimana caranya? Mari ikuti perkongsian ini.
MUDAH! INI CARA BERSIHKAN KERANG GUNA AIR SEJUK DAN GARAM
BAHAN-BAHAN :
- Air Sejuk
- Garam
Baru tau cara cepat nak bersihkan kerang. Tadi berus pakai berus gigi. Baru berapa biji dah lenguh jari. Jenuh nak berus sekilo kerang.
Lepastu terus google cara senang bersihkan kerang. Rupanya cuma pakai air sejuk (saya tambah ais) + garam kasar.
Air sejuk + garam. Kacau sampai keluar lumpur dia. Saya kacau pakai senduk je.
Buat berapa kali sampai air dia jernih. Tadi saya basuh 3 kali. Memang betul-betul bersih.. Lagi bersih dari berus pakai tangan. Senang kerja.
Korang ada cara lain tak untuk bersihkan kerang?
Sumber : Norhilyani Harun
Leave a Reply