Cara Buat Sambal Kicap Power Yang Sesuai Dimakan Bersama Apa Sahaja. Pasti Berbaloi-Baloi
Sambal kicap merupakan satu hidangan yang menjadi penambah rasa, sebab itu ia menjadi kegemaran sesetengah orang. Rasanya yang pedas-pedas buatkan penggemarnya dapat menikmati hidangan makanan yang terhidang. Dimakan pula bersama sup, soto, nasi goreng, mee goreng, mahupun ikan bakar. Nikmatnya tak terkata. Jika orang Johor biasanya dia buat cicah dengan pisang goreng sekali. Fuh, memang terangkat!
Resipi sambal kicap sedap perkongsian saudari Ida Hassan ni nampak biasa-biasa je. Tapi ada ramuan istimewa yang membuatkan ia jadi lebih sedap dan berbeza dengan yang biasa kita makan. Oleh itu bagi siapa-siapa yang kurang mahir buat sambal kicap, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.
SAMBAL KICAP POWER
Saje nak share, siapa-siapa yang kurang mahir buat sambal kicap boleh lah cuba resepi saya ni tau. Memang sedap sangat… makan dengan mee/ bihun sup ke…Mee rebus ganu ke…Soto ke…ape-ape jelah yang sesuai. Memang mabeles sesangat.
RESEPINYA :
- Segenggam Cili padi
- Seulas bawang putih
- 3 biji limau kasturi ( pilih buah yg masak)
- Secawan kicap Manis
- 2 sudu gula pasir
CARA MEMASAK:
1. Ambil limau kasturi, belah dua dan buang bijinya bagi mengelakkan sambal menjadi pahit.
2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar lumat. Untuk limau kasturi, masukkan 2 biji sahaja. Satu biji lagi hanya perah jusnya sahaja dan kulit dihiris halus.
3. Bila siap dikisar, masukkan kulit limau yang dihiris tadi ke dalam campuran sambal kicap.
4. Letak sambal kicap dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak dinikmati. Berbulan-bulan boleh tahan.
Mudah dan ringkas kan, Selamat mencuba.
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
Sumber/Foto : Ida Hassan
Leave a Reply