Chef Ini Kongsi Cara Buat Ayam Goreng Crispy Ala KFC & McD. Rangup Di Luar & Juicy Dalamnya!

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Chef Ini Kongsi Cara Buat Ayam Goreng Crispy Ala KFC & McD. Rangup Di Luar & Juicy Dalamnya

Sedapnya Ayam Goreng ala KFC McD ni. Keranguppanya sama macam ayam KFC atau Mcd. Jika ada ingin mencuba ada boleh ikuti resepi yang dikogsikan oleh Chef Hafizzam Offshore ini. Tak perlu dah beli, buat seekor ayam boleh makan beramai-ramai. Ramai yang dah mencuba, sangat sedap. Rangup di luar dan juicy di dalam. Puas hati makan.

RESIPI AYAM CRISPY ALA KFC McD

BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM

  • 1kg Ayam (Semua jenis ayam)
  • Bawang putih-(Blend)
  • Tepung Gandum 150g(Ikut banyak ayam)
  • Tepung Jagung atau Tepung Beras
  • 80g. (Ikut banyak ayam)
  • Garam (Secukup Rasa)
  • Chicken Stock (secukup rasa)
  • Telur 6biji (ikut banyak ayam)
  • Serbuk cili 80g (Jika Nak Spicy)
  • Blackpapper (Jika mahu rasa blackpapper)
  • Air 80 ml (Ikut banyak ayam)

CARA BUAT PERAPAN AYAM :

1. Campurkan semua bahan kecuali ayam

2. Gaul bahan perapan hingga sebati

3. Masukkan ayam yang telah siap dipotong ke dalam bahan perapan yang digaul sebati tadi

4. Perap ayam selama 1 jam. Tunggu hingga perapan masuk sempurna.

Resipi Tepung Ayam (Ala KFC McD)

BAHAN-BAHAN TEPUNG :

(Untuk Ayam 1 kg)

  • Tepung Gandum 300g
  • 150g Tepung jagung atau tepung beras
  • Serbuk Cili (Jika mahu spicy)
  • Garam (Secukup Rasa)
  • Chicken Stock(Secukup Rasa)
  • Blackpapper (Jika Mahu rasa blackpapper) ***Gaul sebati semua bahan-bahan tepung di atas untuk disalut pada ayam nanti

 CARA GORENG AYAM CRISPY

1. Ambil ayam dah siap perap tadi dan salut rata dengan tepung

2. Goreng dalam 15 minit macam tu (bergantung pada saiz ayam) ***Pastikan minyak panas dan api jangan terlalu kuat.

3. Bila dah nampak kekuningan macam dalam gambar ni, boleh angkat.

4. Siap untuk dinikmati

Selamat Mencuba!

Sumber : Chef Hafizzam Offshore

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*