Resepi Ori Sambal Belacan Tomyam Padu, Perkongsian Dari Isteri Tokey Kedai Tomyam!

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Resepi Ori Sambal Belacan Tomyam Padu, Perkongsian Dari Isteri Tokey Kedai Tomyam

Sambal belacan merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam. Namun bagi penggemar sambal belacan jika makan nasi berlauk sedap macam mana pun jika ada sambal belacan yang sedap dan padu mesti tak boleh tinggal. Makan bersama sambal belacan merupakan satu kepuasan sebagai pelengkap hidangan.

Maka perkongsian kali ini akan dikongsikan cara membuat sambal belacan tomyam yang sememangnya sangat sedap dan padu. Perfect! Cukup semua rasa.. masamnya, masinnya, manisnya, pedasnya. Sambal belacan thai ini salalunya menjadi tarikan utama di kedai-kedai Tomyam.

Nak tahu rahsia buat sambal belacan yang padu?

Ikuti perkongsian oleh Ummu Naim Qalaq di bawah. Menurutnya, resipi ini dipelajari dari isteri tokeh kedai tom yam melayu siam. Jom cuba!

SAMBAL BELACAN TOMYAM YANG SEDAP DAN PADU!

(Saya belajar dengan isteri tokeh kedai tom yam melayu siam)

Resepi asal cili api semata.. tapi saya olah campur cili merah sikit

BAHAN-BAHAN :

  • 10 biji cili api + 3 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih yang besar (kalau kecil, letak 5 ulas)
  • Belacan (guna belacan hitam + putih, bakar/goreng dahulu)
  • Gula
  • Garam
  • Ajinamoto jika suka
  • Asam kasturi (ambil jus sahaja, ambil agak banyak biar rasa masam)
  • Sedikit cuka

CARA-CARA MEMBUATNYA :

1. Kisar semua bahan guna butang pause. Tak nak terlalu halus. (supaya kasar macam di kedai tomyam yang selalu kita makan tu)***

2. Perasakan dengan secukup rasa.

3. Siap!

Nota: Belacan hitam tu belacan belah utara. Sedap belacan ni.

Boleh buat stok sambal ni banyak-banyak dan simpan dalam peti ais. Nak makan tinggal ambik je.

Saya dah guna resepi puluhan tahun, Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Ummu Naim Qalaq

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*