Cara Buat Aiskrim Asam Boi Jadi Lagi Sedap, Ais Pun Halus Je. Tambah 2 Bahan Ini
Aiskrim Malaysia adalah antara aiskrim yang paling popular dulu – dulu. Dahulunya ia sangat menjadi kegemaran dewasan pun kanak-kanak. Selain cara membuatnya yang mudah dan harganya pun dijual sekitar RM0.10 – RM0.20. Terkadang yang menjualnya jiran sebelah rumah sahaja. Begitulah antara kenangan dulu-dulu.
Tidak seperti sekarang, harnya boleh mencecah RM1.50 untuk sebatang aiskrim Malaysia. Tidak seperti dulu – dulu. Sekarang, dah pelbagai perisa, macam – macam ada. Aiskrim Malaysia sekarang pun banyak dah hipster.
Antara perisa yang menjadi kesukaan adalah asam boi. Rasanya hang masam, manis dan sejuk.. makan pula waktu tengah hari panas, memang sesuai. Nak membeli pula agak mahal, jadi apa kata kita buat sendiri.
Nak buat aiskrim asam boi yang sedap dan ais halus boleh ikut tips dan cara yang dikongsikan oleh Ummu Ashraf ini.
CARA BUAT AISKRIM ASAM BOI SEDAP, AIS HALUS
Hari tu beli RM1.50 satu. Disebabkan sedap, maka terjebak sampai termakan dua sekali jalan. Terus beli bahan nak cuba buat di sini. Sementara bahan masih ada, saya buat dan kongsikan resepi. Semoga ada yang gunakan resepi ni untuk buat berjual tambah pendapatan.
Tujuan campur tepung jagung tu untuk haluskan ais, limau kasturi pula tambah umph- Terima kasih pada mereka yang share tips-tips ni.
Resepi Ais Krim Asam Boi- Saya masih proses trial and error. Ais tu memang halus, Alhamdulillah saya dapat 24 aiskrim.
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan gula (kurang sikit pun boleh)
- 2 liter air
- 2 sudu besar tepung jagung (campur dengan sedikit air dari yang 2 liter tu)
- 3 – 4 sudu besar kordial asam masin Double Lion
- 24-30 asam boi.
CARA PENYEDIAAN :
1. Masukkan dalam periuk, air dan air campuran tepung jagung, gula, asam boi
2. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih
3. Masukkan kordial. Rasa dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam.
4. Sejukkan
5. Perahkan jus dari 4 atau 5 limau kasturi. Kacau.
6. Tapiskan air. Ketepikan asam boi. Masukkan asam boi satu-satu dalam plastik. Letak air asam boi. Ikat. Bekukan semalaman
HASILNYA
Aiskrim asam boi limau kasturi dah siap masuk freezer. Jangan sampai tanggal pintu freezer tu nanti, buka tutup, buka tutup…
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
Sumber : Ummu Asraf
Leave a Reply