Tip Masak Sup Telur Suhun Yang Sedap, Telur Pun Tak Berterabur. Perfect

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tip Masak Sup Telur Suhun Yang Sedap, Telur Pun Tak Berterabur. Perfect

Sup Telur Suhun walaupun satu hidangan yang ringkas namun sudah cukup memberi kesempurnaan dalam hidangan. Kadang kala dengan satu lauk ini pun dah cukup, tak perlu lauk lain dah.

Menu ini kembali popular apabila ianya dikongsikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tapi jika mahu mendapatkan sup telur yang sempurna dan telur putih juga tidak berterabur, boleh ikuti tips yang telah dikongsikan oleh Yatie Kitchen di bawah.

TIPS MASAK SUP TELUR SUHUN YANG ‘PEFECT’, TELUR PUTIH TAK BERTERABUR

Comfort Food , Inspired from Tunku Azizah Iskandar , Sup Telor Soohoon , ni pon dah cukup

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Telur
  • Suhun
  • Daun sup/bawang
  • Mushroom seasoning

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.

2. Kemudian baru masukkan air.

3. Bila dah bendidih, tutup api kemudian baru pecahkan telur supaya telur putih tak berterabur.

4. Selepas 5 minit agak-agak telur tu dah masak, baru hidupkan semula api.

5. Bila sudah mendidih, terus tutup api dan baru masukkan suhun beserta daun sup atau daun bawang.

6. Jangan lupa perasakan dengan mushroom seasoning.

Semua orang boleh kongsikan resipi tak semua orang akan kongsikan tips mcmana nak bagi masakan tu jadi elok, tips tu yg berharga yg tak semua orang akan kongsi, kita peduli apa kongsi jer la , benda baik apa salahnya , ye dak , Selamat mencuba!

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

Sumber : Yatie Kitchen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*