Mudahnya Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam, Rasa Pun Lagi Sedap

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Mudahnya Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam, Rasa Pun Lagi Sedap

Telur masin merupakan satu hidangan ‘peneman’ dan pelengkap rasa bagi penggemarnya. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang menggemari telur masin khususnya telur merahnya kerana mempunyai rasa lebih unik dan enak.

Telur masin ini sebenarnya mudah sahaja untuk dibuat secara homemade, yang penting anda kena tahu teknik supaya kejadiannya elok! Kebiasaanya telur masin dibuat menggunakan telur itik kan? Namun tak semua mudah mendapatkan telur itik mentah maka perkongsian pada kali kita akan gunakan telur ayam untuk membuat telur masin. Hasilnya tetap sama macam telur itik.

Jika ada ingin mencuba rasa telur masin menggunakan telur ayam, maka ikutilah perkongsian ini.

CARA BUAT TELUR MASIN HOMEMADE MENGGUNAKAN TELUR AYAM

BAHAN-BAHAN :

  • 10 biji telur ayam
  • 250g garam kasar
  • Air secukupnya
  • 10 ulas bawang putih
  • Sedikit cili padi – ikut selera masing-masing

CARA PENYEDIAAN :

1. Bersihkan telur ayam tersebut.

2. Sementara itu, larutkan garam bersama air secukupnya.

3. Hiris halus bawang putih dan cili padi.

4. Selepas itu, masukkan telur yang sudah dibersihkan tadi ke dalam bekas berisi air garam. Masukkan sekali hirisan bawang putih dan cili padi.

5. Kemudian tambahkan lagi air ke dalam bekas telur tadi sehingga melepasi paras telur.

6. Tutup bekas itu dan biarkan rendam selama 10 hingga 15 hari sahaja.

7. Selepas tempoh masa itu, telur sedia untuk direbus menggunakan air rendamannya. Rebus selama 30 minit dan sedia untuk dijadikan.

8. Telur masin homemade siap! Selamat mencuba.

MEMANG SEDAP, BOLEH BUAT PELBAGAI PERISA

SEDAP DARIPADA TELUR ITIK

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

Sumber : Rencah Rasa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*