Cara Buat Kopi Ais Sedap Kaw Kaw. Memang Perfect Rasa Dia Gerenti Tak Cukup Segelas
Waaah. Tengok gambar je pun dah buat kita terliur. Ada depan mata lagi lah tak terkata. Lagi-lagi kopi ais kaw ni jika dapat lalu kat tekak waktu tengahari.. fuhh tak terkata sedapnya. Sungguh nikmat dan menyegarkan. Memang perfect rasa dia!
Jika anda ingin anda boleh buat sendiri sahaja. Anda boleh cuba cara yang dikongsi oleh Ben Safwan ni, mudah dan ringkas sahaja tapi kaw kaw sedapnya.
CARA BUAT KOPI AIS KAW KAW
Serbuk kopi premium Ben guna tu warna hitam dia tak terlalu terang. Sebab pilih yang roasted sederhana.
BAHAN-BAHAN :
- 2 sudu serbuk kopi premium( pilih roasted sederhana)
- 1/2 cawan air
- 2 sudu makan serbuk kopi pilihan
- 1 cawan susu cair
- 1/2 tin susu pekat
- Ais
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Reneh 1/2 cawan air biar mendidih. Tutup api. Ben gunakan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit. Tapis tuang masuk dalam jug.
2. Isi 1 cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat. Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air. Biarkan air ais turun. Fuhhh, nikmat!
3. Boleh simpan dalam freezer. Sukatan untuk 1.6 liter.
Selamat mencuba guys..
Sumber/Foto : Ben Safwan
Leave a Reply