Resipi Udang Belon Ala Thai Ini Hanya Guna 4 Bahan, Jom Buat Sendiri
Selain Tom Yam, antara masakan tThai digemari oleh ialah udang belon ala Thai. Bagi mereka yang kerap ke resotaran Thai pasti pernah merasai keenakan udang belon ini.
Menerusi perkongsian Fatyma Idris ini, beliau berkongsi resepi dan cara memasak udang belon ala Thai ini. Senang je rupanya nak buat udang belon ala Thai ni. Hanya menggunakan 4 bahan sahaja. Dapat la lepas rasa mengidam nak makan udang ni kat kedai Thai. Buat sendiri kat rumah tentunya lebih puas hati dan terjamin kebersihannya. Jom kita cuba ikut resipi perkongsian Fatyma Idris ini.
RESEPI UDANG BELON ALA THAI GUNA 4 BAHAN JE
BAHAN-BAHAN :
- Udang
- Tepung blue key self raising flour (kotak warna pink)
- Telur
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA-CARA :
1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.
2. Campur semua bahan-bahan yang lain. (tepung, telur, garam)
3. Masukkan air secukupnya. Taknak cair sangat, tak nak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.
4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.
NOTA :
Untuk hasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu. Ahh jomm. Selamat mencuba.
Sumber/Foto : Fatyma Idris
Leave a Reply