Petua Masak Sambal Tumis Yang Sedap, Tos Air Bawang Yang Dikisar
Sambal tumis adalah sejenis masakan bersambal yang digermari oleh ramai orang. Sambal tumis biasanya mengguna kan ikan bilis sebagai bahan utama nya namun begitu selain daripada ikan bilis, udang,sotong basah, sotong kering malah petai dan jering juga adalah di antara bahan-bahan yang sering digunakan bersama di dalam sambal tumis ini.
Jarang kita jumpa orang yang tidak makan sambal, bagi sesetengah orang pula wajib makan bersama-sama sambal.. barulah puas. Pembangkit selera katanya. Itu yang bertambah tambah bila makan, terutamya sambal itu sedap dan sangat kena pula kat tekak. Lazatnya tidak terkata.
Namun tak semua yang mahir buat sambal tumis yang sedap. Perkongsain oleh Dya Mira ini boleh ada praktikkan dalam menghasikan sambal yang sedap. Jom ikuti perkongsian ini kerana ada petua khas untuk menghasilkan rasa sambil lebih sedap.
CARA MASAK SANBAL YANG SEDAP
1. Cili kering yang hendak digunakan digunting, buang biji dan direbus dulu. Tos.
2. Basuh cili direbus tadi sampai bersih dan kisar dengan 2 biji bawang besar.
3. Tumis cili sampai naik minyak atau pecah minyak.
4. Letak asam keping atau asam jawa, garam, gula, secukup rasa. Kena cukup rasa tau asam, gula, garam. Baru sedap.
5. PETUA UNTUK SAMBAL IKAN BILIS SEDAP
kisar bawang besar dalam 3-4 biji kemudian tapis untuk asingkan air bawang. Tumis bawang yang ditapis tadi sampai kekuningan baru masukkan cili kisar. Rasa sambal akan lebih sedap manis-manis.
Selamat mencuba.
Sumber/Foto : Dya Mira
Leave a Reply