Buat 1 Adunan Dapat ‘3 Jenis Kuih’, Memang Menjimatkan Masa, Ikut Je Cara Ini

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Buat 1 Adunan Dapat ‘3 Jenis Kuih’, Memang Menjimatkan Masa, Ikut Je Cara Ini

Kepada mereka yang gemar membuat kuih, apa kata anda cuba satu resepi ini. Dengan 1 resepi adunan doh anda boleh buat 3 jenis kuih sekaligus yang sedap, mudah dan membuka selera ahli keluarga dan anak-anak.

Menerusi perkongsian saudari Nitaharry, beliau membuat satu perkongsian resepi menghasilkan 1 adunan doh yang boleh digunakan untuk menghasilkan donut, cakoi dan pau yang sangat sedap.

Berbaloi kan? Jimat masa dan tenaga. Nak tahu resepinya? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESEPI DOH HOMEMADE UNTUK BUAT 3 JENIS KUIH

Satu resipi/adunan dpt 3 jenis kue. Suka ke suka .. DONUT/CAKOI/PAU

BAHAN-BAHAN :

  • 400g tepung gandum
  • 1 cawan air
  • Marjerin 1 sudu besar
  • 1 sudu kecik garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat manis/susu tepung
  • Yis mauripan 2 sudu kecik
  • 1/2 sudu kecik soda bikarbonat
  • Baking powder 1 sudu kecil
  • 1 biji telur

CARA-CARA :

  • Kalau guna breadmaker, masukkan sahaja semua bahan.
  • Jika uli guna tangan, macam biasa satukan air, gula, yis dan susu pekat. Kemudian baru masukkan bahan-bahan lain.
  • Bancuh dan biarkan kembang. Kemudian boleh uli macam biasa.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut jenis kuih yang mahu dibuat seperti donut, cakoi atau pau.

TIPS EXTRA :

Ini tips yang boleh anda gunakan

UNTUK KUIH DONUT

Ambil doh mengikut saiz donut yang disukai. Bulatkan doh dan buat lubang di tengah menggunakan jari.

UNTUK KUIH CAKOI

Uli doh kemudian gelek sampai jadi leper. Potongkan memanjang. Letak lidi di tengah dan tekankan.

UNTUK KUIH PAU

Leperkan doh dan letak inti yang disukai. Bulat-bulatkan. Biarkan kembang sedikit sebelum dikukus.

Sumber/Foto  : Nitaharry

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*