Resepi Popia Basah Legend. Lengkap Dengan Cara Buat Sosnya Yang Super Sedap!

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Resepi Popia Basah Legend. Lengkap Dengan Cara Buat Sosnya Yang Super Sedap

Siapa suka makan popia basah? Jika sebelum ini asyik beli je di pasar malam, lepas ni boleh lah cuba buat sendiri pulak di rumah. Tak susah pun sebenarnya. Boleh ikuti resipi popia basah yang sangat mudah di bawah. Gerenti puas hati.

CARA BUAT KULIT POPIA BASAH

BAHAN-BAHANNYA :

  • 2 Cawan tepung gandum.
  • Sebjii telur ayam.
  • 1 sudu besar cuka makan.
  • 1 sudu besar minyak masak.
  • Air secukupnya.

CARA PENYEDIAANYA :

1. Campur dan bancuh semua bahan diatas supaya menjadi adunan yang agak-agak lembik sedikit dari bancuhan untuk membuat jemput-jemput atau cekodok.

2. Perapkan aduna tadi selama 1 jam kemudian barulah disapu di atas kuali tak melekat atau jenis non stick.

Saya sapu pakai kain. Buat kain tu macam bunjut besar penumbuk dan sapu adunan tepung di atas kuali. Sapu nipis-nipis je. Kuali tu tak perlu disapu minyak.

RESEPI SOS POPIA BASAH

BAHAN-BAHAN :

  • 10 tangkai cili kering direbus dahulu.
  • 4 atau 5 biji bawang putih. Kisarkan ia bersama cili kering tadi.
  • 3 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar cuka makan.
  • 2 sudu kismis atau kurma dan dikisar.
  • 2 sudu gula merah.

CARA MEMASAK :

Tumis semua bahan diatas dan masak sehingga kering.

RESEPI INTI POPIA BASAH

  • Sengkuang yang telah dipotong nipis panjang.
  • Lobak merah dipotong nipis pajang.
  • Taugeh.
  • Udang Kering

CARA MEMASAK : 

Caranya, tumis bawang putih bersama udang kering tadi dan masukkan semua bahan di atas. Perasakan dengan garam dan gula mengikut kesesuaian.

Kemudian apabila semua perkara-perkara di atas telah siap, boleh la mulakan sesi menggulung popia kita. Caranya sapu sos dia dahulu kemudian letakkan inti. Jangan terlalu banyak nanti kulit akan pecah. Isi inti agak-agak je dan boleh tambah kacang tanah goreng yang ditumbuk bagi yang suka.

HASILNYA


Selamat Mencuba!

Nota: Terima Kasih kepada pemilik resipi atas perkongsian ini.

Kredit : Rencah Rasa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*