Resipi Simple Sedap Terangkat, Telur Mata Sambal Hijau

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Resipi Simple Sedap Terangkat, Telur Mata Sambal Hijau

Masakan telur adalah menu ringkas dan pantas yang boleh disediakan. Apatah lagi kepada mereka yang sibuk. Selain ringkas dan pantas disediakan, ia juga menjadi menu utama ketika tiada bahan untuk memasak.

Jika anda tiada idea atau inginkan lauk simple yang cepat masak dan siap, atau sudah tiada bahan masakan lain didapur makan anda boleh cuba resipi telur mata sambal hijau.

Resipi yang dikongsikan Cheyah Saripuddin atau Che Yah ini sangat ringkas namun tapi jeliro, memang sedap sangat sampai boleh menjilat jari. Apatah lagi makan panas-panas.

RESEPI BUJANG – TELUR MATA SAMBAL HIJAU

Tetiba perut berkeroncong sebelum keluar pickup stok pekasam. Eh eh tak boleh jadi, perut kena isi dulu. Lagipun nasi dingin ada lagi.

Tetttt idea datang sekali. Nak goreng telur mata je la makan pedas-pedas. Itu tercetus nak masak gini. Meh cheyah kongsi resepi senang gila abad ini. Makan tu confirm ngencess sekali.

BAHAN-BAHAN :

  • 15-20 biji cili padi hijau (ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah)
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Gula sedikit saja jika suka

Bahan yang simple. Memang dapur bujang sesuai menu ni.

CARA-CARA PENYEDIAANNYA :

1. Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat tak beshhhh.

Tumbukkan sehingga semua lumat kasar macam ni je.

2. Tumiskan dan biarkan ia sedikit garing.

Tumiskan bahan yang kita tumbuk okeh.

4. Boleh masukkan gula dan garam bagi secukup rasa.

Gula jika suka. Cheyah letak sikit je xsmpai pun satu sudu kecil pun. Light light gitu je rasa manis.

3. Pecahkan telur. Masak sehingga telur masak ikut citarasa.

Pecahkan telur. Tips telur ni kena pecah dalam bekas lain sebab takut telur tu busuk. Kalau pecah terus dalam masakan memang jaha-nam satu menu.

Bagi dia panas panas dulu.

Nak berkuah boleh tambah air tapi cheyah tak tambah. Hehe

Style cheyah garing-garing gini. Nak berkuah boleh tambah air sedikit.

HASILNYA

Dah ready nak ngap! Habis sepinggan korang. Itu yang bahagia pikul stok pekasam hehe

Cheyah masak half cooked je. Yang kuning tu bila pecahkan meleleh lava dia. Makin sodappp ya ampunnn.

Selamat mencuba! Menu pantas begini time emeegency takde lauk  boleh la cuba

Sumber/Foto : Cheyah Saripuddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*