Mudah Rupanya Buat Aiskrim Cawan. Boleh Buat Untuk Makan Sendiri Atau Jadikan Side Income

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Mudah Rupanya Buat Aiskrim Cawan. Boleh Buat Untuk Makan Sendiri Atau Jadikan Side Income

Moh kita belajar cara buat aiskrim pulak. Mak-mak surimah boleh buat side income juga dengan aiskrim ini. Sambil duduk rumah, duit pun masuk, jual aiskrim saja. Resipi saya halalkan.

BAHAN-BAHAN AISKRIM CAWAN :

  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 3 tin air
  • 2 sudu makan tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
  • 2 sudu makan ovalatte
  • 1 sudu makan esen vanilla/serbuk vanilla
  • 2 cawan fresh cream/whipping cream non dairy (saya guna brand Vivo)

CARA PENYEDIAANNYA : 

1. Masak base susu (susu pekat,susu cair dan 3 tin air) hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sebati. Tutup api.

2. Sejukkan bancuhan base susu, lebih elok kalau bekukan semalaman. Fungsi untuk aiskrim lebih gebu.

3. Campurkan base susu tadi (kalau beku kena hancurkan dulu) dengan fresh cream bersama ovalatte dan esen vanilla. Putar guna kelajuan perlahan. Bila bancuhan dah sebati baru gunakan kelajuan nombor 4 atau 5. Putar lagi dalam 15-20 minit. Dah siap aiskrim.

4. Akhir sekali isi filing dalam cawan dan masukkan aiskrim tadi. Boleh lorekkan filing di atas aiskrim guna lidi. (Filing boleh beli di kedai bakeri dan boleh guna ikut cita rasa).

5. Dah siap, masukkan dalam frezeer semalaman dan boleh dimakan. Aiskrim ini boleh tahan sehingga 2 bulan jika disimpan dengan betul.

INFO: Kuantiti aiskrim boleh dapat dalam 35-40 cawan untuk resipi ini.

Selamat mencuba.

Sumber/Foto : Nurul Ashikin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*