Resipi Percik Ikan Kembung ‘Terlajak’ Sedap, Dengan Kuah Meleleh

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Resipi Percik Ikan Kembung ‘Terlajak’ Sedap, Dengan Kuah Meleleh

Kalau tak cuba memang takkan tahu ‘kesedapan’ menu ini. Percik ikan kembung Kelatan hok sedak sekali. Tak cayo cuba la try, baru tahu namboh nasi ke tidak. Anak-anak pun dijamin suka dan makan berselera!

Ikut saja resipi lengkap perkongsian oleh Suhasnida Ismail di bawah. Selamat mencuba!

PERCIK IKAN KEMBUNG SEDAK DOOH

BAHAN A : PERAP AYAM/IKAN

  • 8 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1inchi halia
  • 1 tbsp cili kering kisar
  • 2 inchi kunyit hidup
  • sedikit serbuk perasa/aji/pasti sedap
  • 1tbsp garam
  • 1/2 tbsp jintan manis
  • secubit belacan (optional)
  • sedikit air untuk blend

BAHAN B : BAHAN KUAH

  • 8 biji bawang merah size 50sen
  • 2 ulas bawang putih
  • sehiris halia
  • 1 tbsp ketumbar biji (sangai)
  • secubit belacan
  • 3 tbsp cili kering
  • 900ml santan pekat
  • 2 hiris asam limau/asam keping

BAHAN C : BAHAN PERASA

  • 2 tbsp garam bukit
  • 2 tbsp gula pasir
  • 2 tbsp gula kabung thai
  • 1 tsp serbuk perasa/aji/pasti sedap

CARA PENYEDIAAN :

1. Kisar bahan A dan lumur pada ikan dan perap sejam

2. Jika guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak

3. Blend bahan B dan masukkan dalam periuk

4. Masukkan santan pekat dan bahan perasa

5. Masak sampai mendidih & pekat

6. Bakar ikan atau ayam sampai masak

7. salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar. Buat 4x salutan baru percik lagi bertambah sedapp

8. Kuah percik ni dapat untuk 5 ekor ikan, 1 ekor setengah ayàm size 2kg.

Selamat Mencuba

Sumber/Foto : Suhasnida Ismail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*