Petua Masak Sambal Nasi Lemak Yang Sedap, Masa Kisar Bawang Letak Bahan Ini

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Petua Masak Sambal Nasi Lemak Yang Sedap, Masa Kisar Bawang Letak Bahan Ini

Nasi lemak tidak lengkap dengan sambalnya. Sambal yang sedap menaikkan lagi rasanya sesuatu nasi lemak. Rahsia kesedapan nasi lemak juga terletak pada sambalnya. Jika sambal sedap maka jadi sempurnalah hidangan nasi lemak itu.

Jika anda ingin mengetahui petua hasilkan sambal nasi lemak yang sedap, anda boleh ikuti cara yang dikongsikan oleh Puan Rose Niey ini.

Jom sama-sama baca cara buat sambal nasi lemak yang sedap beserta tips supaya masak sambal tak terpecik satu dapur.

SEDAPNYA SAMPAI KERLUARGA DIKAMPUNG TERINGAT-INGAT

Assalamualaikum Ros nak kongsi petua..bila orang makan asyik teringat masakan kite.

Balik kampung.. ros masak nasi lemak untuk mak..ayah..dan nenek. Diorang cakap sedap sangat-sangat.. letak ape dalam sambal nasi lemak. Gambar ikan bilis tak sempat snap sebab dah jadi lauk?. Seminggu kat kampung ni kali ketiga mak suruh masak sambal ni untuk dia

Ramai yang tanya resepi.. Ros edit balik ye.

BAHAN-BAHAN :

  • 10 biji Bawang merah
  • 3-4 biji Bawang putih
  • Segenggam Ikan bilis
  • 15 tangkai cili kering (cili kisar)
  • Gula Melaka
  • Gula
  • Asam Gelugur
  • Ikan bilis
  • Garam

CARA-CARA MEMASAK :

1. Tumis bawang merah 10 biji, bawang putih 3-4 biji.. ikan bilis segenggam (blend kasar-kasar)

2. Bila dah betul-betul garing.. barulah masukkan cili kering kisar 15 tangkai.. kacau sekali sekala je.

3. Masukkan Nisan (gula Melaka), gula, asam gelugur. Dekat-dekat nak kering kuah tu.. masukkan ikan bilis setengah mangkuk.. garam secubit. Perasa lain-lain nak letak pun boleh.. taknak letak pun takpe.

TIPS SAMBAL TAK TERPERCIK SATU DAPUR

Api slow dan kacau sekali sekala je.

Satu lagi masa blend bawang.. letak ikan bilis segenggam (ni petua nak sedap) jangan blend hancur sangat..blend kasar-kasar je)..tumis sampai betul-betul garing baru masukkan bahan-bahan lain. Tu je..

Selamat Mencuba

Sumber/Foto : Rose Niey

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*