Buat Sotong Goreng Tepung Macam Dekat Kedai Tepi Pantai. Guna Tepung Kanji / Tepung Ubi Untuk Hasil Yang Rangup.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Buat Sotong Goreng Tepung Macam Dekat Kedai Tepi Pantai. Guna Tepung Kanji / Tepung Ubi Untuk Hasil Yang Rangup.

Bagi peminat ‘goreng tepung’ bila sebut sahaja menu-menu yang berkaitan dengannya pasti akan terlintas menu wajib ini iaitu Sotong Goreng Tepung. Apatah lagi bila berkunjung ataupu bercuti ke Terengganu yang terkenal dengan menu-menu goreng tepung ini.

Jika ke restoran-restoran masakan tomyam pula, menu Sotong Goreng Tepung ni antara menu yang wajib anda order kan? Sedap dan rangup dia lain macam. Tetapi, kena pandai cari tempat yang betul sedap. Baru puas makan.

Fuhh, boleh kecur air liur dibuatnya.

Tidak dinafikan, lauk goreng tepung memang mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja! Jika anda teringin makan ataupun bercadang membuat Sotong Goreng Tepung ada boleh cuba resepi mudah perkongsian daripada Ag Jeffrey Ag Nuddin ini.

Hasilnya anda akan dapat menikmati Sotong Gerong Tepung macam dekat kedai tepi pantai dan restoran-restoran tomyam. Makan pula bersama ahli keluarga akan jadi lebih bermakna. Jom buat!

BAHAN-BAHAN :

  • Sotong
  • Tepung Kanji
  • Telur
  • Serbuk Kunyit
  • Perasa (Garam, Ajinomoto, Gula)

CARA PENYEDIAAN :

1. Campur sotong yang sudah dipotong dengan tepung kanji, telur, serbuk kunyit, dan perasa (garam, ajinomoto dan gula).

2. Sediakan bekas kosong untuk letak tepung kanji, sebelum goreng, gaulkan sekali lagi dengan tepung kanji yang dalam bekas.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Sumber/Foto : Ag Jeffrey Ag Nuddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*