Doktor Ini Kongsi Resipi Kiub Pati Ayam Homemade, Lebih Sihat Dan Tanpa MSG

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Doktor Ini Kongsi Resipi Kiub Pati Ayam Homemade, Lebih Sihat Dan Tanpa MSG

Kuib pati ayam ataupun stok ayam banyak kegunaannya dalam masakan. Selain menambah perasa dalam sesuatu masakan ia juga menjimatkan masa memasak. Namun kebanyakkan yang dijual dipasaran mengandungi MSG.

Jadi bagi mereka yang risau menggunakannya, sebagai alternatifnya, anda boleh hasilkan sendiri kiub pati ayam menggunakan bahan-bahan segar dan asli. Jadi anda tidak perlu risau lagi, ia sememangnya lebih sihat dan menyedapkan masakan anda.

Jadi ada boleh ikuti perkongsian resepi oleh Dr. Mazliana Mazlan di bawah.

RESEPI KUIB PATI AYAM HOMEMADE

Sambil tidurkan anak pun boleh buat kiub ayam dari ayam dan sayuran sebenar tanpa perasa dan MSG.

Dulu, kiub ayam mesti jadi stok tak pernah putus saya di rumah.

  • Bubur.
  • Nasi ayam.
  • Sup.
  • Mee hailam.
  • Nasi goreng.

BAHAN-BAHAN :

  • Ayam tanpa antibiotik dan bebas hormon
  • Bawang besar
  • Bawang putih India
  • Leek
  • Cendawan
  • Bunga cengkih
  • Biji ketumbar
  • Daun bay
  • Garam Himalaya
  • Cuka epal
  • Air

CARA-CARA :

1. Mula-mula kisar ayam. Keluarkan ayam.

2. Kemudian kisar pula sayur. Masukkan semula ayam yang sudah dikisar tadi.

3. Dah siap kisar semuanya masukkan bahan-bahan lain, dan masak 25 minit. Tinggal je, tak payah tunggu depan Thermomix pun.

4. Dah siap masak nanti, kisar bagi hancur semuanya 1 minit.

5. Kalau tiada Thermomix, boleh jugak buat sendiri. Perlu kisar banyak kali untuk betul-betul halus kisarannya.

Boleh jugak buat versi serbuk. Kena bakar lepas dah siap masak. Mana-mana je yang mudahkan korang nak buat dan guna nanti.

6. Masukkan dalam bekas kiub silicon, kemudian bekukan.

Dah siap. Mudah sangat kan.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

Sumber/Foto : Mazliana Mazlan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*