Teknik Menggoreng Ikan Untuk Hasilkan Gorengan Yang Juicy, Rangup Di Luar Lembap Di Dalam

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Teknik Menggoreng Ikan Untuk Hasilkan Gorengan Yang Juicy, Rangup Di Luar Lembap Di Dalam

Menggoreng ikan nampak mudah, tapi kalau tak kena cara tak jadi juga. Apa yang terjadi adalah ketika menggoreng ikan melekat pada kuali, ikan menjadi keras apabila sejuk dan lain-lain.

Jika kita menggunakan teknik gorengan yang betul kita akan mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam).

Mari kita ikut penerangan ahli kimia Fatimah Salim ini. Menariknya ada sains yang perlu kita fahami di sebalik menggoreng ikan. Baru boleh dapat hasil gorengan ikan yang juicy.

SAINS DI SEBALIK IKAN GORENG

Semalam ramai yang ‘up’ lauk ikan goreng. Mesti ramai otai-otai memasak yang pakar dalam mengoreng ikan berkat pengalaman.

Semua di sini mesti tahu yang rasa ikan goreng dipengaruhi oleh jenis ikan, kesegarannya dan juga kawalan suhu memasak dan cara memasak.

Masalah yang sering timbul ialah untuk mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam). Mari kita selamai sains disebalik menggoreng ikan ini.

KENAPA IKAN MELEKAT PADA KUALI APABILA DIGORENG?

Ikan melekat pada kuali kerana permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan permukaan kuali. Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak. Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali akan menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat. Keadaan ini akan menyukarkan untuk menterbalikkan ikan dan sebahagian dari isinya akan melekat pada kuali.

BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN IKAN MELEKAT PADA KUALI?

Untuk mengelakkan perlekatan antara kuali dengan permukaan ikan, panaskan minyak secukupnya (agak-agak sehingga SEDIKIT berasap) kemudian masukkan ikan (perlanggaran antara molekul minyak yang tidak larut air akan menghasilkan bunyi gorengan yang kuat). Minyak yang cukup panas ini akan menyebabkan air pada permukaan ikan meruap dengan cepat dan menjadikannya kering dan rangup. Maka, permukaan ikan yang bersentuhan dengan kuali tidak akan melekat.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN ISI IKAN YANG JUICY?

Permukaan ikan yang rangup tadi akan menjadi selaput penghalang untuk air di dalam ikan daripada meruap seterusnya mengekalkan kelembapan (juiciness) dalam isi ikan.

Ikan haruslah dimasak SEKEJAP sahaja kerana struktur ikatan kimia protein isi ikan adalah longgar jika dibandingkan dengan daging ayam dan lembu. Maka ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.

Memasak ikan terlalu lama akan menyebabkan lembapan dalam isi ikan meruap, seterusnya menjadikan isinya keras.

Semoga bermanfaat

Sumber: Fatimah Salim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*