Teh Tarik Dah Biasa, Boleh Cuba Teh Pakistan Pulak. Kaww, Wangi Lemak, & Manis-Manis Buah.

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Teh Tarik Dah Biasa, Boleh Cuba Teh Pakistan Pulak. Kaww, Wangi Lemak, & Manis-Manis Buah.

Teh Pakistan merupakan minuman berteh yang sangat popular di Pakisatan. Rasa dan cara penyediaannya pun berbeza dengan teh tarik biasa kerana ianya ada teknik penyediaanya yang tersendiri.

Jika anda ingin mencuba keenakkan dan keunikkan Teh Pakistan ini, boleh ikuti perkosingan resepi oleh Cikgu Afy Al Habibi ini.

TEH PAKISTAN MASHYUR

Teh Pakistan Mashyur tumpang lalu ni. Nampak sedap yakmat tak? Sesuai buat hidangan minum petang. Tengoklah gambar sampai habis. Ramai sungguh peminatnya sejak cikgu kongsi dekat laman sendiri.
Nama Pakistan tu cikgu letak sebab resepi ini dari tauke karpet Pakistan sendiri, tempat adik bekerja dulu.

Langsung tak sama dengan teh tarik biasa sebab ada teknik penyediaan tersendiri.
Ada cikgu pecahkan rahsianya.

Baca sampai habis tanpa tinggal satu pun langkah cikgu bagitahu. Selamat mencuba.

INI BAHAN-BAHAN UTAMA :

1 . Rahsia pertama teh ini sedap sebab cikgu guna teh wangi.

  • 7 uncang teh wangi ros : koyakkan setiap uncang.
    (kalau kat Kelantan cikgu akan guna teh timbang wangi je)
  •  Air satu jug kecil (lebih kurang 1 liter)
  • 50 ml susu segar (tiada dalam gambar)
    *nak sedap guna susu full cream goodday*
  •  Susu 1/5 tin (tambah @kurangkan ikut kuantiti air)
  •  Untuk melemakkan rasa teh & memberi kelainan rasa, tambah secubit dua garam

RAHSIA SETERUSNYA :

2 . Teh tadi perlu dididihkan atas dapur. Ada perbezaan ya kacau dengan air panas biasa.

Masukkan kesemua bahan tadi dalam periuk. Panaskan dalam api perlahan. Masak sehingga teh bertukar warna dan kembang.

Kacau sesekali. (boleh adjust rasa susunya)

3. Tutup api selepas teh betul-betul mendidih@ cikgu besarkan sekejap api lalu terus ditutup.

4. Cikgu suka tapis dengan penapis teh kain

Rahsia penting seterusnya.

5. Tarik air teh yang ditapis tadi sampai berbuih.

Syokkkk. Segelas Teh Pakistan Mashyur sedia dihirup ketika air teh masih panas suam.

Bagi cikgu, teh yang sedap ialah dikurangkan manisnya.

Tanpa dicampur gula secara langsung.

Kowwww. Wangi Lemak. Manis-manis buah.

Terbaikkk

Jemput follow FB cikgu Afy AL Habibi untuk resepi lebih menarik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*