Resepi Jeli Kelapa Muda Guna Sukatan Cawan, Sedap & Sangat Menyegarkan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Resepi Jeli Kelapa Muda Guna Sukatan Cawan, Sedap & Sangat Menyegarkan

Jeli kelapa muda antara pencuci mulut yang terkenal di Malaysia terutamanya di negeri-negeri pantai timur.

Rasanya yang manis, sejuk dan lembut menjadikan pencuci mulut ini sangat enak dimakan ketika cuaca panas terutamanya waktu tengahari yang panas. Sangat menyegarkan dan menyejukkan badan.

Nak membuatnya juga tidak lah renyah dan susah. Bahan-bahan yang diperlukan juga sangat mudah didapati.

Jika anda ingin cuba membuatnya sendiri, Saudari Zuria Zubir ada kongsikan resipinya. Diajarkan olehnya step by step. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara menyediakannya.

RESIPI JELI KELAPA MUDA SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 7-8 biji kelapa muda – ambil isi kelapa dan airnya
  • 1 jug besar air kelapa
  • 8 cawan air
  • 2 cawan gula
  • 1 paket serbuk jeli kelapa
  • 3 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Masukkan 1 jug besar air kelapa dan 8 cawan air ke dalam periuk.

2. Bila air mendidih dan masak, masukkan gula. Biarkan larut.

3. Masukkan 1 peket serbuk jeli kelapa. Kacau sehingga sebati.

4. Kemudian masukkan juga daun pandan.

5. Kacau semua bahan hingga sebati dan apabila campuran kelihatan sempurna dan masak, padamkan api.

6. Tuang campuran jeli ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan isi kelapa muda dengan secukupnya.

7. Boleh simpan jeli ke dalam peti sejuk dan biarkan mengeras. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Sumber: Zuria Zubir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*