Sedap & Tak Perlu Sira. Resepi Kuih Gegatas Ni Sesuai Untuk Anda Tak Suka Manis
Kuih Gegatas ini merupakan kuih tradisi bagi masyarakat Banjar. Keunikkan rasanya yang lemak-lemak manis pasti memikat selera. Namun kuih gegastas ini agak sukar diperolehi dan ia salah satu sebab ada diantara kita yang kurang mengenali kuih ini.
Walaupun sukar diperolehi namun cara menyediakannya mudah sebenarnya. Jadi bagi yang nak rasa, boleh cuba resepi perkongsian saudari Nadia Ismail ini.
Istimewanya, resepi yang dikongsi ini tidak terlalu manis kerana ia tidak disira. Sesuai sangat bagi anda yang tak berapa gemar kuih yang terlalu manis. Namun jika suka Kuih Gegatas yang disira, boleh juga buat sedemikian. Ikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba.
RESEPI KUIH GEGATAS
Salah satu kuih tradisi masyarakat Banjar. Rasa lemak-lemak manis gitu. Ramai yang tak kenal kuih ni. Susah juga nak jumpa org jual kuih ni. Saya share kan resepinya di sini.
BAHAN-BAHAN :-
- Kelapa parut setengah biji
- 2 cawan tepung pulut
- 2 senduk tepung gandum
- 1 sudu kecik garam
- Air secukupnya
- Gula
CARA-CARA MEMBUATNYA :-
1. Campurkan kelapa parut, tepung pulut, tepung gandum dan garam dalam satu bekas… Kemudian uli adunan dengan air sampai adunan menjadi sebati dan tak lekat di tangan.
2. Kemudian bentukkan adunan
3. Setelah itu, goreng adunan kuih dengna menggunakan api yang sederhana. Sehingga kekuningan.
4. Resipi asal orang dulu-dulu. Setelah kuih digoreng, sira kuih dengan gula macam sira kuih keria.
(saya tak suka kuih manis sangat. Jadi saya blander gula pasir macam nak salut kuih donat tu)
5. Salutkan kuih dengan gula yang telah diblander terlebih dahulu.
(Jika suka kuih disira degan gula macam kuih keria tu, boleh juga. Ikut selera masing-masing)
NOTA : kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak, gandakan sukatan kelapa parut dan tepung, garam secukup rasa.
SELAMAT MENCUBA
Sumber/Foto : Nadia Ismail
Leave a Reply