Resepi Cencaru Sumbat Sambal Guna Air Fryer. Senang, Kalau Goreng Minyak Jadi Kotor
Ringkas dan sedapnya ikan cencaru sumbat sambal bakar perkongsian Munira Ali ini. Menariknya resepi ini hanya bakar menggunakan air fryer. Lagi mudah daripada menggoreng barulah rempah dalam ikan tidak terkeluar dan minyak pun tidak jadi hitam. Malah, dapur pun bersih.
Cubalah cara ini, anda pasti akan berpuas hati
CENCARU SUMBAT SAMBAL GUNA AIR FRYER
Asal nak goreng, tapi bila malas nak kotorkan minyak dan kuali. Saya bakar dalam air fryer je. Dalam oven pun boleh. Jadi tak lah kotorkan minyak kan. Rempah dalam ikan pun tak keluar. Lawan pulak dengan air asam… nyummm ..
BAHAN-BAHAN :
- 1½biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 tangkai cili besar
- 4@5 tangkai cili api
- Belacan sikit
- Cukup rasa
- Asam jawa
- Gula 1 sudu
CARA-CARA :
1. Sukatan bahan adalah untuk 4 ekor ikan cencaru saiz sedang-sedang. Kalau ikan banyak boleh gandakan bahan. Dan jika suka pedas lagi boleh tambahkan lagi cili.
2. Saya kisar kasar. Asam jawa jangan kisar sekali ye, letak masa tumis pun ok. Letak air sikit sahaja untuk bagi pusing blander. Kalau tumbuk lagi sedap rasanya.
3. Kemudian tumiskan sekejap bahan yang diblender bersama asam jawa, sebab saya suka rasa sambal 2 masak. Letak minyak sikit sahaja masa tumis. Sekadar nak bagi masak cili dan bawang. (Sambal yang dimasak terlebih dahulu rasanya akan lebih sedap)
4. Selesai menumis, sumbat bahan tadi ke dalam ikan yang sudah dibelah tengah.
5. Kemudian masukkan ikan dalam air fryer. (Saya sembur sedikit minyak sikit supaya ikan tidak kering sangat)
6. Bakar pada suhu 180 celcius selama 15 minit. Kemudian terbalikkan ikan dan bakar lagi selama 15 minit. Jika nak garing lagi boleh tambah lagi 5 minit masa membakar.
Hidang siap sedia untuk di makan bersama air asam. Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Munira Ali
Leave a Reply