Cara Buat Apam Lenggang Sedap. Bahan-Bahan Sukat Guna Cawan Je
Siapa yang suka makan APAM LENGGANG? Jika pernah cuba mesti teringat akan kesedapan apam ini. Merupakan makanan tradisi yang begitu popular di negeri utara.
Jika anda teringin ataupun nak cuba merasa boleh buat sendiri sahaja. Resipi yang dikongsikan Puan Zaimah Zakaria ini memang mudah, bahan-bahan pun mudah dapat. Hanya sukat guna cawan dan sudu sahaja. Mari kita ikuti perkongsian resepi APAM LENGGANG ini.
RESIPI APAM LENGGANG SEDAP
Assalamualaikum.. selamat pagi… Masak ape sarapan pagi ni?
Saya dah banyak kali buat apam lenggang ni.. sangat puas hati degan kejadiannya.. Jom saya bagi resepinya
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 sudu teh yis
- 7-8 sudu makan gula pasir
- 1 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- 1 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan kecuali santan. Adun dan perap selama 1-2 jam.
2. Masukkan santan dan kacau sebati. Kalau adunan masih berkutil @ berketul, tapis untuk dapatkan adunan yang sebati.
3. Panaskan kuali dan sapu minyak pada kuali. Jika guna kuali non-stik, tak perlu gris minyak.
4. Ambil 1 senduk adunan dan tuang ke dalam kuali. Lenggang seperti buat Kuih Ketayap.
5. Masak dengan api perlahan. Bila apam sudah kekuningan, bolehlah digulung atau dilipat dua.
6. Siap dan sedia untuk dinikmati. Enak dimakan panas.
Apam lenggang kebiasaannya dimakan untuk sarapan dan juga minum petang. Rasanya yang lemak manis sangat sedap dinikmati begitu sahaja, namun tidak kurang juga ada yang mencicah dengan sambal bilis, kuah kari, atau sardin, mengikut cita rasa masing-masing.
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Zaimah Zakaria
Leave a Reply