Buat Sendiri Coklat Bar, Guna 3 Bahan Sahaja. Memang Mudah Dan Ringkas

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Buat Sendiri Coklat Bar, Guna 3 Bahan Sahaja. Memang Mudah Dan Ringkas

Sebelum ini jika anak-anak atau kita teringin nak makan coklat bar mesti kita akan beli di kedai kan?

Tak tahu pulak yang nak membuatnya senang sahaja rupanya. Hanya guna 3 bahan sahaja.

Kalau macam ni punya senang, jika tetiba kita teringin nak makan  atau anak-anak nak boleh buat sendiri je.. Jom kita lihat resepi  Bar Coklat Bubble Rice perkongsian oleh Cik Sue Zakaria ini.

TAK PAYAH BELI DAH! BUAT SENDIRI JE BAR COKLAT BUBBLE RICE

Dah jenuh nak buat apa pun tak tahu. Tengok lah 2 3 bulan lepas kakak share buat bar coklat bubble rice ni. Mudah yang amat.

BAHAN-BAHAN :

  • Bubble rice
  • Minyak masak
  • Coklat Beryls

LANGKAH 1 :

Double boil kan coklat milk compound. Kita pakai beryls punya. Letak minyak masak sikit, semua agak-agak je bahan sebab ikut tekak dan keluarga nak makan banyak mana.

LANGKAH 2 :

Dah siap ketepikan. Bagi dia sejuk sekejap. Sambil tu boleh bakar bubble rice 10-15 minit, 130c (bergantung pada oven jugak). Bakar sekejap je bagi dia crunchy sikit.

LANGKAH 3 :

Tuang coklat yang dah sejuk tu dulu then baru letak buble rice. Buble rice pun bagi sejuk dulu baru letak atas coklat. Ketuk-ketuk bagi bubble rice jatuh ke bawah.

LANGKAH 4 :

Lepas tu tuang lagi coklat bagi dia meliputi awan-awan putih tu. Dah siap letak dalam peti sejuk cepat sikit keras.

HASILNYA

Tadaaa. Dia ada acuan coklat bar tapi malas nak beli letak dalam acuan kek jelah. So dah sejuk tu baru keluarkan dan potong je.

Sumber/Foto : Cik Sue Zakaria

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*