Cara Mudah Untuk Membuat Cucur Kembung Lemak Manis. Gebu & Sedap

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Mudah Untuk Membuat Cucur Kembung Lemak Manis. Gebu & Sedap

Nak membuat cucur ini memang nampak mudah, namun jika tidak kena gaya maka tidak cantik kejadian dan rasanya. Resepi perkongsaian oleh Salmah Saad‎ ini sangat mudah dan cepat dan sedap sesuai untuk dijadikan snek sarapan pagi, minum petang dan bekalan anda ke pejabat dan sekolah. Sejuk-sejuk pun masih lembut.

CUCUR KEMBUNG LEMAK MANIS. ENAK DIJAMU MASA SARAPAN ATAU MINUM PETANG!

Cucur kembung lemak manis. 2 hari berturut buat. Resepi yang mudah, cepat dan sedap. Sejuk pun masih lembut

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

  • 1 sudu besar yis.
  • 1 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu besar gula.
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • Secubit garam & air secukupnya.

CARA-CARA UNTUK MEMBUATNYA SANGAT MUDAH :

1. Campurkan kesemua bahan-bahan diatas. Masukkan air sedikit-sedikit dan gaulkan supaya menjadi seperti adunan macam cucur biasa.

2. Pastikan tidak pekat dan tidak cair sangat. Perapkan selama setengah jam hingga 1 jam.

3. Akhir sekali gorengkan macam biasa. Bulat-bulatkan dan goreng tau. Bentuk terpulang pada anda. Selamat mencuba.

HASILNYA

Kredit/Foto : Salmah Saad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*