Cara Tanam Pokok Daun Sup Supaya Kekal Subur & Hidup Sehingga 2 Tahun

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Tanam Pokok Daun Sup Supaya Kekal Subur & Hidup Sehingga 2 Tahun

Daun sup adalah antara tumbuhan sayuran popular yang sering digunakan dalam masakan harian. Antara yang kerap dibeli oleh pengguna ketika ke pasar. Selain dibeli di kedai, kita boleh tanam sendiri di rumah. Namun ramai yang tidak tahu bahwa pokok daun sup ini sebenarnya mudah untuk ditanam.

Ada dua kaedah mudah untuk menanam daun sup dan salah satunya seperti yang dikongsikan oleh Donis De Donnis ini. Jika dijaga baik, pokok boleh hidup hingga 2 tahun.

TANAM POKOK SUP DARI BIJI BENIH DAN PENJAGAANNYA SUPAYA KEKAL SUBUR

1. Sediakan tapak semaian, jika boleh gunakan tray semaian yang banyak dijual.

2. Sediakan benih, rendam selama satu malam (10 jam) dengan air paip, jika air tanpa klorin lagi baik untuk mengaktifkan benih supaya mudah bercambah.

Tujuan rendam supaya kesemua benih mudah bercambah. Jika tidak mahu rendam tidak mengapa boleh terus tabur.

3. Toskan benih dengan tisu atau alat tos yang berlubang halus.

4. Basahkan tanah, semai biji benih daun sup (biji benih daun sup kecil jadi perlu bersabar semasa semai kerana benih halus).

Tutup dengan lapisan nipis tanah, siram benih dengan berhati-hati gunakan spray halus, kemudian tray semaian atau bekas semai tadi letak di kawasan redup. Jangan sesekali letak terus bawah cahaya matahari, gunakan tanah yang jenis gembur dan tidak menakung air.

5. Sekali lagi diingat tanam pokok daun sup kena bersabar kerana benih daun sup akan bercambah dalam 10 hari ke atas, paling lama 2 minggu. Jangan biarkan tanah kering sepanjang proses semai, jika tanah nampak semakin kering, spray dengan air.

6. Setelah benih tumbuh dan mengeluarkan 4 daun, boleh dialihkan ke pasu atau bekas, letakkan tempat redup yang tidak terkena cahaya matahari yang terik.

7. Kerana pokok tumbuh dengan lambat, pokok yang dijaga elok mampu hidup sehingga 2 tahun.

8. Elakkan menyiram terlalu kerap pokok daun sup , siram mengikut keperluan di mana jika tanah sudah mula nampak kering bolehlah siram dengan sedikit air.

9. Jangan baja terlalu kerap. Membaja terlalu kerap pada pokok daun sup anda mengakibatkan pokok daun sup akan mudah layu dan mati.

10. Baja sebulan sekali atau mengikut keperluan. Sekali sekala siram dengan air basuhan beras kerana pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras.

Sumber/Foto: Donis De Donnis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*