![akakpesan1](https://akakpesan.com/wp-content/uploads/2022/12/akakpesan1-63-678x381.jpg)
Resepi Sup Sayur Tauhu Telur Untuk Segarkan Badan. Nak Kuah Lagi Pekat, Cuma Tambah Tepung Jagung Sahaja
Campak-campak dan lebur je dah siap. Ringkas namun rasa marvelous, fresh dan menyelerakan.
Nak-nak pula sekarang ni musim hujan. Sejuk je cuaca. Makan sup panas-panas memang menyelerakan dan menyegarkan. Budak-budak pun suka. Teksturnya yang lembut dan enak. Memang tak puas makan.
Anda suka menu ni tapi tak tahu nak masak macam mana? Boleh cuba resipi perkongsian Khadijah Jaafar ini
SUP SAYUR TAUHU TELUR
Bagi yang suka tauhu telur. Mesti suka dengan sup tauhu telur. Ini memang favourite, ade version yang cair dan pekat. Nak pekat letakkan tepung jagung.
Yang ni version saya lah. Kalau nak cuba boleh cuba ikut resepi ni.
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN :
- 2 pek tauhu telur – potong kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1/6 bawang holland
- Isi ayam/udang
- 1 kiub perisa ayam
- Brokoli
- Bunga kobis
- Lobak merah
- 1 sudu kecil sos tiram
- 1/4 sudu kecil serbuk lada putih
- Garam
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Goreng tauhu.
2. Tumbuk bawang putih dan bawang besar holland. Nak guna bawang merah pun boleh, tapi bagi saya guna bawang holland rasanya lebih sedap.
3. Tumis bawang hingga naik bau.
4. Masukkan air isi ayam/udang dan kiub ayam.
5. Biarkan mendidih masukkan sayur dan tauhu. Kalau suka sayur tu lembut, masukkan sayur dahulu. Saya suka sayurnya tak terlalu lembut, jadi saya masukkan sekali dengan tauhu.
6. Masukkan sos tiram, serbuk lada putih dan perasankan dengan garam. Kalau suka pekat boleh tambahkan air bancuhan tepung jagung.
SIAP!
Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!
Sumber/Foto : Khadijah Jaafar
Leave a Reply