Resepi Sambal Cili Api Bunga Kantan, Sedapnya Buat Nasi Bertambah-Tambah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Resepi Sambal Cili Api Bunga Kantan, Sedapnya Buat Nasi Bertambah-Tambah

Pernah dengar atau makan Sambal Cili Api Bunga Kantan?  Sambal ini merupakan menu atau sajian hidangan orang dulu-dulu. Sebenarnya banyak lagi resepi orang dulu-dulu yang boleh kita nikmati. Nampak ringkas, namun sambal ini biasanya akan buat nasi bertambah-tambah.

SAMBAL CILI API BUNGA KANTAN

Biasa bungan kantan ni orang buat masakan laksa, tapi perkongsian Aiza Hamdan ini lain sedikit. Beliau berkongsi resepi Sambal Cili Api Bunga Kantan.

Tak susah pun untuk membuatnya. Mengikut resepi yang dikongsikan oleh Aiza Hamdan ni, hanya perlukan 5 bahan je. Tumis dan gaul. Dah siap!

BAHAN-BAHAN :

  • Bunga Kantan (Dihiris, ikut la nak halus nak kasar – kita buat dia)
  • Ikan Bilis
  • Cili Api
  • Banwang Merah
  • Bawang Putih
  • Gula, Garam dan Perasa

CARA MEMASAK :

1. Goreng garing ikan bilis, angkat, tos dan kemudian ketepikan

2. Kisar cili api bersama bawang merah dan bawang putih.

3. Tumis bahan kisar menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi hingga masak dan pecah minyak.

4. Masukkan bunga kantan yang dihiris dan gaul sehingga layu.

5. Tambahkan gula, garam dan serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing. Gaul sehingga rata.

6. Tunggu sehingga sambal sejuk barulah masukkan ikan bilis yang digoreng garing

ikan bilis juga boleh ditumbuk kasar atau blend dan tumis sekali bersama sambal

7. Dah siap masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi panas

NOTA : Sambal ini konsepnya memang dimasak kering dan rangup seperti yang kita selalu nampak orang jual sambal kering. Simpan dalam bekas, boleh tahan lama dan makan berulang kali.

Sumber/Foto : Aiza Hamdan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*