Resepi Puding Susu Nata De Coco Guna Sukatan Cawan, Gerenti Menjadi
Puding merupakan pencui mulut yang sedap, maka tidak hairanlah ia mempunyai peminat yang tersendiri. Puding dibuat tidak kira masa dan musim. Kebiasaanya puding dijadikan pencuci mulut selepas makan nak sejukkan tekak. Boleh dikatakan kebanyakkan resepi puding mudah dibuat.
Resepi puding ini ringkas dan mudah sahaja, perkongsian resepi daripada Iffy Iruzza. Sekali sekala jom kita memuding. Anak-anak pasti suka.
RESEPI PUDING NATA DE COCO
- 1 cawan tepung custard
- 5 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1/2 tin susu cair
CARA PENYEDIAAN :
1. Masak tepung kastard + air , kacau hingga likat dan berkilat
2. Sejukkan, kemudian masukkan dalam bekas
3. Letak cocktail, nata de coco dan susu cair.
4. Sejukkan dalam peti sejuk
Saya izinkan sesiapa yang ingin share. Selamat mencuba
Sumber/Foto : Iffy Iruzza
Assalamualaikum dan pagi semua shbt tercinta.. maaf sekadar mencari sahabat syurga ,ilmu yg bermanfaat, rezeki yang berkah,hidup bhgia till Jannah.. aaminn..