Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan Anak, Memang Sedap Rangup-Rangup. Sekejap Je Habis

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan Anak, Memang Sedap Rangup-Rangup. Sekejap Je Habis

Anak-anak biasanya agak susah nak makan sayur. Terkadang pelbagai masakan kita cuba namun tak berjaya juga memujuk mereka makan.

Ada cara yang boleh ada cuba untuk latih anak-anak suka makan sayur. Antara anda boleh jadikan sayur menjadi kerepek. Contoh seperti kerepek terung ini.

Menurut perkongisan Wan Muhammad Hafiz Satar, inilah cara awal beliau ajar anak-anaknya makan sayur. Jom ikuti perkongsian ini

KEREPEK TERUNG KUDAPAN ANAK

Bila tengok bekal anak pepagi.. ramai jugak yang tanya baba macam mana baba ajar anak makan sayur.

Sebenarnya bebudak ni dari kecik lagi baba ajar makan sayur dan salah satunya buat kudap-kudapan diorang dengan bahan berasaskan sayur macam untuk makan petang hari ni baba buatkan KEREPEK TERUNG.

Memang sedap rangup-rangup.. Sekejap je abis hehehe.

MUDAHNYA NAK BUAT

Cara Nak buat senang je… Pastikan terung yang keras.. Yang lembek tak jadi ya.

1) Just potong terung nipis-nipis pastu tabur garam, serbuk kunyit gaul-gaul.

2) Pastu tabur tepung jagung bagi dia bersalut dengan terung tadi. Nak pedas saya tabur serbuk cili.

3) Pastu boleh lah goreng. Kalau Ada tepung bestari Lagi sedap.. Tak payah dah garam, serbuk kunyit Dan tepung jagung tu.

Tepung tak perlu bancuh air.. Tabur je sebab nanti air yang Ada pada terung akan lekatkan tepung tadi.

Sumber/Kredit :  Wan Muhammad Hafiz Satar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*